Lagu ‘Hebatnya Kamu Yakinnya Kamu’ Khas Buat Ustaz Hamadi

Drama bersiri Nur pernah menjadi satu fenomena luarbiasa ketika ditayangkan. Dari Nur sehinggalah Nur 2, watak-watak dalam drama ini sering menjadi tumpuan ramai. Terutamanya watak Ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh Azhan Rani.

Wataknya cukup memberikan kesan kepada penonton kerana keperibadiannya yang boleh tahan jahat dan menunggang agama. Ramai juga yang geram dengan watak ini sehinggakan ia masih menjadi sebutan sehingga kini.

Terbaru, Azhan Rani yang melakonkan watak ini sendiri berkongsikan satu video lagu dari tagline yang sering digunakan oleh Ustaz Hamadi dalam drama ini iaitu ‘Wah hebatnya kamu yakinnya kamu’.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh pelakon berbakat ini, lagu tersebut dikirim kepadanya oleh individu dan turut ada dimuatnaik di YouTube.

Menerusi carian kami memang ada lagu ini dan ia telah dimuatnaik pada April yang lalu.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Azhan Rani di Instagram miliknya:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#wahhebatnyakamuyakinnyakamu ada orang kirim post youtube ni kat aku. mula2 dengar rasa macam lagu yang dj main kat supermarket sempena jualan murah.. tapi lama2 kacau pulak jadinya sebab tak berhenti2 lagu ni berputar2 dalam kepala aku. try jalan2 pakai ear phone bukak lagu ni kuat2 sambil henjut2 kepala #nur @fatimahabukar @khiriah17 @radius.one @budakijat @hakhisham @fazli_radiusone

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Video ini telah meraih lebih 66,000 tontonan dan pelbagai reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen oleh netizen serta rakan selebriti.

“Wow…sejenis takleh brain..Hahahha..Jom #nur3 bagi Azhan Rani..Lariiiiiii”

Azhan Rani Nur lagu 1

“Hahahah siap ada lagu lagi tu..Lawak betul”

Azhan Rani Nur lagu 2

“Adoii lagu hahahha”

Azhan Rani Nur lagu 3

“Aku pun dah terikut lagu ni..wah..hebatnya kamu..yakinnya kamu..aku ni suami dia…”

Azhan Rani Nur lagu 4

<

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:AZHAN RANI via HCL