Tidak hanya bergelar pelakon namun selebriti cantik, Hanis Zalikha juga merupakan seorang usahawan yang cukup dikenali ramai khususnya netizen wanita.
Terutama jenama tudungnya ‘cakenis’ dan terbaru isteri kepada pelakon Hairul Azreen ada berkongsikan satu rakaman video menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Sekali lagi, membuatkan peminat dan pengikut terkejut apabila Hanis Zalikha melakukan ‘warehouse sale’ dan ternyata sambutannya sangat hebat.
Manakan tak, jika dilihat menerusi rakaman video yang telah dimuat naik Hanis Zalikha baru-baru ini, kelihatan netizen beratur panjang menantikan giliran masing-masing.
Tudung Hanis Zalikha ‘laris’
Difahamkan, jenama tudung Hanis Zalikha ini bermula sebagai projek kecil namun siapa menyangka ia berkembang menjadi jenama tudung terlaris.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian itu Hanis mengatakan video itu membuatkan dia menangis pagi-pagi selain berterima kasih kepada semua.
“Video ini yang buat nangis pagi-pagi tu. Terima kasih kepada semua yang sudi. Dan lagu ini ditujukan buat suami & team saya. Sambil nangis lagi,” ujar Hanis Zalikha menerusi perkongsian baru-baru ini.
Menjenguk keruangan komen, rakan selebriti terkenal seperti Mira Filzah dan Fazura dilihat mengucapkan tahniah atas kejayaannya itu.
Dalam pada itu, ramai terkejut dengan barisan panjang peminat tudung selebriti ini yang boleh tahan dahsyat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Hanis Zalikha via HCL