“Saya tak angkat mat rempit” – Achey tunjuk mesej tersirat bagi pihak ‘kaki motor’

Achey cuba menyampaikan mesej bermakna menerusi video muzik ‘Sakit’.

PELAWAK dan penyanyi Achey berkata video muzik lagu Sakit nyanyiannya tidak bertujuan untuk mengangkat atau membela golongan penunggang motosikal atau ‘mat rempit’.

Sebaliknya menurut Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 33, single terbaharu ciptaannya bersama Shouk Azis itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak mudah menilai hanya daripada sudut luaran.

Namun kata Achey, dia juga sebenarnya sekadar mahu mengabadikan minatnya terhadap dunia permotoran menerusi video muzik lagu tersebut.

“Saya tidak mengangkat golongan mat rempit di dalam video tersebut. Namun janganlah kita mudah menilai seseorang tanpa cuba mengenalinya dengan baik.

Antara babak yang terdapat di dalam video muzik Sakit.

“Selain itu saya nak tunjukkan siapa diri saya sebenar, saya adalah peminat dunia permotoran,” kata Achey kepada mStar.

Video muzik lagu Sakit dimuat naik di YouTube pada 20 Disember lalu dan hingga kini ia mendapat hampir tiga juta tontonan.

Selain itu Achey selaku pengarah video muzik itu berharap lagu berkenaan terus mendapat tempat di hati pendengar selain turut memasang impian agar ia dijadikan runut bunyi (OST) bagi mana-mana drama.

“Syarikat rakaman sudah mempunyai perancangan untuk mengeluarkan album saya.

“Buat masa ini ia masih dalam proses untuk mengumpulkan tujuh buah lagu di dalam album tersebut,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MSTAR ONLINE