Hari ini bermulanya sesi persekolahan bagi semua pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Laman sosial media telah dipenuhi dengan perkongsian foto-foto yang dimuatnaik oleh golongan ibu bapa yang teruja menghantar anak ke sekolah buat kali pertama. Artis-artis juga tidak ketinggalan berkongsi perasaan teruja menghantar anak ke sekolah antaranya pas4ngan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Pengalaman pertama itu telah dikongsi oleh Wawa menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Kedua-dua anak mereka iaitu Attar dan Hayla masing-masing berumur tujuh dan lima tahun telah dihantar ke sekolah oleh Wawa dan Aeril buat kali pertama. Wawa yang kini sudah berusia 29 tahun akui tidak sangka masa begitu cepat berlalu memandangkan usia anak sulungnya, Attar telah menjangkau umur tujuh tahun dan sudah mula bersekolah.
Beberapa foto telah dimuatnaik Wawa di Instagramnya beserta kapsyen “Morning.. hantar anak ke sekolah jugak ke tu? Hehe.. Attar dah darjah 1. Cepatnya masa berlalu.”
Perkongsian foto oleh Wawa telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat-peminatnya. Malah, ada juga netizen turut memuji Attar dan Hayla yang kini semakin comel.
Selain itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga sempat merakam situasi Attar bersekolah untuk hari pertama dan berkongsi di instastory miliknya.
Malah, perasaan seorang ibu seperti yang dialami Wawa untuk menghantar anak ke sekolah buat pertama kalinya sudah tentu berasa nervous dan dalam masa yang sama, gembira melihat anak-anak yang semakin membesar dengan sihat.
Secara umumnya, Wawa dan Aeril telah berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Attar, Hayla serta Aya Soffya.
Makin comel anak-anak Wawa, cepat aje membesar. Handsome dan cantik macam mama papa diorang pulak tu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Wawazainal