Pelakon dan pengacara Lisa Surihani tidak dapat menahan sebaknya apabila selesai menjalani rawatan bagi memulihkan penglihatannya yang rabun.
Menerusi laman sosial Instagram, Lisa berkongsi momen-momen sewaktu menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
“Secara jujurnya saya tidak sangka prosedur ini hanya mengambil masa kurang lima minit. Saya gementar tetapi ditemani zikir-zikir dan kata-kata positif Prof yang sangat menenangkan.
“Tak sakit dan amat selesa. Saya tak boleh lupa bila selesai pembedahan, buka sahaja mata, ia agak berkabus selama beberapa jam tetapi lepas tu saya boleh melihat. Alhamdulillah, nikmat penglihatan yang selama ini saya impikan, Allah pinjamkan lagi buat kali kedua,” ujar Lisa menerusi video yang dimuat naik.
Mula memakai cermin mata dan kanta lekap semenjak kecil, Lisa yang ditemani ibunya dilihat menangis memeluk Prof Muhaya apabila selesai melakukan prosedur.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut yang gembira dengan pengalaman Lisa yang kini bebas rabun.
Ada beberapa pengikut yang turut berkongsi pengalaman mereka melakukan pembedahan yang sama.
Malah, ada juga yang ingin bebas rabun seperti Lisa namun tidak berkemampuan kerana harga prosedurnya yang agak maha.
Dalam perkembangan terbaru, Lisa menggalas tugas sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) yang turut menampilkan Najip Ali, Inul Daratista dan Datuk Jamal Abdillah sebagai pengkritik tetap.
MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: GEMPAK