Tahniah Mira Filzah

WALAUPUN sudah lima hari kita menjalani kehidupan di tahun 2020, belum terlambat untuk Cik Pang ucapkan ‘selamat menyambut tahun baharu’ buat semua pembaca Metro Ahad khususnya pengikut setia ruangan ini.

Cik Pang percaya, semua orang pasti meletakkan sasaran yang ingin dicapai pada tahun ini. Cik Pang doakan agar impian dan azam berkenaan tercapai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Last work for 2019! Nona! ✅ . . Alhamdulillah. Everything went very well. 2019 has been an amazing year 🎉, beautiful year 💐, a rollercoaster ride for me 🎢 , and I had FUN! 🥰🥰🥰 I’ve learned a lot this year! . . People come and go in your life. Each one of them leaves something of theirs with us. The new lessons they teach us, the new aspects of life they show us, making us better equipped to face the world. And I’ve learned that unexpected things happen when you expect them the least! Yeah. The best story begins with “and, all of a sudden.. bla bla bla, bla bla,” Haha! 😂 . . SOOOOOOO, free yourself from expectations! The best will come when and from you least expect it! InshaAllah. Allahumma yassir wala tu’assir. May Allah SWT ease OUR 2020 journey! Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, guide me all the way to your Syurga 🤲🏻❤️💛 . . 📸 @harizayiz Stylist for Nona 2020, @farahdinana #NonaTV3 #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Sebagai pembuka 2020, cerita Cik Pang ini tidaklah panas mana pun. Cuit-cuit manja saja. Alaa… kisah si manis Mira Filzah yang menjadi pujaan satu negara. Sejak memberikan kenyataan dia sedang mengenali seseorang, pasti peminat tertanya-tanya siapa gerangan jejaka bertuah itu.

Cik Pang sendiri tertanya-tanya siapa lelaki hebat yang berjaya mencuri hati Mira. Kalau bukan orang industri, memang susah sikitlah untuk dicari. Tambahan pula Mira suka merahsiakan perkara yang belum pasti.

Bagaimanapun, hasil risikan Cik Pang, khabarnya jejaka berkenaan anak kepada Ahli Parlimen dan adik kepada seorang pengacara. Kalau benar, skop makin kecil untuk kita main teka-teki.

Apa yang Cik Pang dengar lagi, jejaka berkenaan individu sama yang pernah rapat dengan Mira ketika mereka sama-sama belajar dulu. Cuma, hubungan terputus di tengah jalan apabila lelaki berkenaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kalau jejaka yang dikatakan Mira dalam kenyataan terbarunya itu sama dengan individu dari masa silamnya, mungkin jejaka itu sudah kembali ke tanah air dan cinta lama berputik semula.

Apa pun, Cik Pang doakan yang baik-baik untuk Mira walau siapa pun jodohnya. Cik Pang pun menghorm4ti privasi Mira dan faham sebagai wanita, terlalu banyak kekangan dan batas yang perlu dijaga.

Cik Pang saja timbulkan perkara ini sebab Cik Pang sebenarnya peminat Mira. Tak sabar nak tengok Mira naik pelamin. Gambar terbarunya menyarungkan pakaian pengantin untuk promosi pun sudah naik seri, inikan pula kalau menyarungkan baju pengantin sendiri.

Cik Pang juga ingin mengucapkan tahniah kepada Mira kerana kekal sebagai pengacara Nona buat tahun ketiga. Itu tandanya peminat suka melihat Mira mengacarakan program berkenaan. Semoga Mira terus dilimpahkan rezeki.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber; HARIAN METRO via KHALIFAH MEDIA