Biodata Riena Diana, Pelakon Watak ‘Laila’

Buat yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya pelakon watak Laila atau Rose dalam drama Kampung People, nama sebenarnya adalah Riena Diana.

Dalam drama ini, dia melakonkan karakter seorang gadis cantik, moden dan juga seorang instafamous sebelum terpaksa menjadi gadis kampung. Jom kenali lebih lanjut mengenai gadis ini melalui biodata Riena Diana berikut.

Biodata Riena Diana

NAMA PENUH: Nur Qamarina Diana Zulreal

NAMA POPULAR: Riena Diana

TARIKH LAHIR: 3 September 1997

ASAL: Petaling Jaya, Selangor

UMUR: 22 Tahun

PROFESION: Pelakon dan model

INSTAGRAM: rienadiana_

Latar belakang

Nama Riena Diana sebenarnya bukanlah baru dalam dunia lakonan di Malaysia. Riena Diana memulakan kariernya sebagai seorang pelakon selepas dia berjaya menjadi finalis Drama Festival Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Drama pertama yang memaparkan bakat lakonannya adalah dalam ‘Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin’. Dalam drama ini dia berlakon disamping Raysha Rizrose, Idris Khan dan Azrel Ismail.

Biarpun begitu, namanya kian dikenali ramai selepas dia membintangi drama ‘Nur’ dan memegang watak Dr. Qadeeja. Drama tersebut turut menjadi fenomena luarbiasa dalam industri hiburan tempatan dan turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosly, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani serta ramai lagi.

Selain dari itu, Riena Diana turut berlakon dalam beberapa drama lain seperti ‘Kamar Kamariah’, ‘Adam Chempaka’, ‘Vila Ghazara’ dan banyak lagi.

Terkini namanya sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas drama ‘Kampung People’ yang memaparkan bakat lakonannya yang lain dari lain disiarkan di TV3. Berikut antara foto dari drama ini yang dikongsikan melalui laman sosial miliknya sendiri…

biodata riena diana 12

Foto Riena Diana

biodata riena diana 4

biodata riena diana 1

 

biodata riena diana 3

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: rienadiana_ / Berita Harian / Wikipedia via HCL