Masih dalam fasa berbulan madu kata orang, isteri Nik Farhan meluahkan syukur dengan kehadiran suami dalam hidupnya.
Dalam posting Instagramnya, Noorainul Naqim atau dikenali sebagai Dr Erin berasa tenang dan seronok semasa suaminya menyampaikan ceramah agama.
Setiap kali dengar ceramah, mesti akan timbul perasaan sebak kerana kata-kata Nik Farhan yang menusuk kalbu.
Kredit foto: IG
“Setiap kali dengar ceramah Ustaz Farhan mesti berlinang air mata, air hidung semua,” tulisnya.Tak cukup dengan itu Erin juga berterima kasih kepada suami kerana sentiasa memberikan ilmu agama dan duniawi kepadanya.
Kredit foto: IG
“Bila menuntut ilmu akhirat ni buat diri rasa sangat hina, sangat bodoh dan lebih mensyukuri setiap nikmat dan ujian yang diberi.”
Untunglah sebab bersuamikan seorang ustaz, apa-apa kemusykilan boleh terus bertanya kan?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: GOSIP HIBURAN