Seorang pemandu Grab yang dikenali dengan nama Sateesh Karuppusamy dikatakan sanggup berkorban masa dengan memandu kereta selama 3 jam dari Melaka ke Johor Bahru semata-mata untuk memulangkan dompet milik seorang penumpang, Carney Mak. Individu ini dikatakan telah tertinggal dompetnya di dalam kereta Sateesh semasa dia menggunakan perkhidmatan Grab.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Carney Mak di laman Facebook miliknya, memberitahu bahawa dia telah menggunakan perkhidmatan Grab di Johor Bahru (JB) pada Sabtu lalu iaitu sekitar jam 9 malam. Namun pada ketika itu, dia langsung tidak menyedari dompetnya hilang sehingga lah ketika dia ingin membuat pembayaran untuk makan malam.
Tambahnya lagi, sebaik sehaja menyedari kejadian itu dia segera membuat laporan mengenai kehilangan dompetnya itu melalui aplikasi Grab.
Tidak lama selepas tiba di Singapura, saya menerima panggilan dari pemandu Grab dan dia memberitahu bahawa dia telah menemui dompet saya ketika dia mengemas keretanya.
Setelah berbincang melalui Whatsapp, pada keesokan harinya mereka kemudian bersetuju untuk berjumpa di salah sebuah stesen minyak yang terletak di Johor Bahru untuk memulangkan dompet tersebut. Sementara itu, individu ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Sateesh. Dia juga turut memuji sikap amanah dan jujur pemandu Grab tersebut.
Terima kasih Sateesh sanggup kerana sanggup memandu dari Melaka ke JB hanya untuk mengembalikan dompet saya.
Menurut Carney Mak, perkongsian itu merupakan satu ucapan penghargaan yang didedikasikan khas buat pemandu Grab tersebut kerana sikap murah hati Sateesh yang sanggup menolongnya. Perkongsian ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya memuji tindakan mulia pemandu Grab ini.
Tidak kurang dengan itu, ada juga dalam kalangan mereka yang tertanya-tanya mengenai ganjaran yang diberikan individu ini kepada Sateesh. Oleh itu, seorang pengguna Facebook, Jeya Pragesh telah menjawab persoalan tersebut dengan mendakwa bahawa Sateesh dan keluarganya telah dijemput datang ke Singapura dan segala perbelanjaan seminggu mereka di sana ditanggung sepenuhnya oleh Carney Mak.
Sumber: Carney Mak
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Oh BULAN