Baca perkongsian Encik Mohd Fadli Salleh di Facebook milik beliau tentang betapa ‘berharganya’ botol air pada kaum wanita. Ramai suami dan anak-anak yang boleh relate dengan keadaan ini.
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 (petang) dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku.
Baru nak gerak, dia cakap,”Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang.
Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,”Botol air pun tertinggal ayah.”
Sreeettttt!
Terus aku brek em3rgency.
“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena m4rah. Ayah pun mungkin hil4ng ny4wa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hil4ng ny4wa woih.
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas.
Dari jauh aku laung, “Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
“Kahkahkah.”
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal si4sat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.
Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur, “Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.
#MFS – Wanita bukan makhluk bumi
Kredit Gambar: Facebook Mohd Fadli Salleh
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak