Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, beliau sememangnya menjadi idola ramai terutama anak muda. Mana tidaknya, di usia muda beliau berjaya membina sebuah mahligai mewah.
Meskipun ramai yang sering mengecam usahawan itu yang seolah mahu menunjuk-nunjuk dan ri4k setiap kali memuat naik foto barangan jenama mewahnya, namun baru-baru ini Datin Nur Shahida mended4hkan perkara yang tidak diketahui umum mengenai suaminya itu.
Menurut Shahida, suaminya hanya berani membeli barangan jenama mewah selepas mempunyai simpanan sebanyak RM30 juta. Katanya lagi, ramai yang hanya mengenali suaminya apabila sudah berjaya.
“Orang kenal Dato’ bila sudah di puncak, ramai yang tak mengenalinya semasa baru bertatih dalam perniagaan. Jangan tak percaya! Selepas Dato’ ada duit RM30 juta baru berani beli Louise Vuitton (LV),” katanya kepada Nona.
Berkongsikan sisi baik suaminya, Shahida berkata Aliff seorang yang suka bergurau dan tidak seperti lelaki lain. Menurut Shahida, suaminya tidak suka keluar malam apatah lagi lepak bersama rakan-rakan.
“Dato seorang yang tak suka keluar malam, tak keluar lepak-lepak minum kopi dengan kawan-kawan dan kalau nak jumpa Dato’ lebih suka orang datang rumah. Dato seorang lelaki yang pandai transform hobi kepada perniagaan.
“Apa sahaja yang dibuat pasti ada kaitan kaitan dengan bisnes, Dato tak akan buat saja-saja,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Rotikaya