Luah Rasa Rindu, Kamal Adli & Uqasha Senrose H4ngat Bercinta?

Keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran membuatkan ramai peminat mahu melihat mereka bercinta di dunia realiti sehinggakan terciptanya #Uqamal untuk pasangan tersebut.

Namun, Kamal dan Uqasha mengatakan mereka hanya kawan baik sahaja dan tidak mempunyai perasan antara satu sama lain, malah kedua-dua mereka mengakui senang bekerja di antara satu sama lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

r i n d u 😶

A post shared by K.A (@kamaladli) on

 

Bagaimanapun, perkongsian terbaru Kamal di Instagramnya menjadi perhatian ramai apabila aktor itu memuat naik foto mesranya bersama Uqasha berserta luahan rasa rindu.

Diruangan komen, rata-rata netizen seolah merestui hubungan mereka dan mengatakan Kamal dan Uqasha sangat sepadan. Malah, ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan ini naik pelamin.

Kalau dah suka sama suka apa salahnya kalau bercinta. Lagipun dua-dua tengah solo dan ramai yang suka mereka bercinta. Apa pun kita nantikan sahaja perkhabaran gembira dari mereka berdua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Rotikaya