Selain berkongsikan kemeriahan dimajlis perkahwinan, Elly Mazlein juga berkongsikan kisah bapanya yang dipanggil abah dilaman sosial Instagram.
Sedia maklum, pelakon dan pengacara ini akhirnya sah bergelar isteri kepada seorang cikgu, Mohamad Azlan pada sabtu lalu dan perkara itu bagaimanapun membuatkan abah Elly Mazlein ini juga sangat bahagia.
Kongsi Elly Mazlein, dia melihat betapa sayang abahnya terhadap suami yang sekaligus membuatkan pelakon Kampung People ini turut bahagia.
“Abah tercinta… tq abah… kite nampak betapa sayangnya abah dekat suami kita. Kite bahagia sgt tgk abah bersembang, ketawa, tunggu menantu balik sekolah utk makan sekali, cerita isu semasa, kerap WhatsApp menantu, bg hadiah dekat menantu dan paling kita happy bile abah selalu nasihat kite jaga suami baik2.”
“InsyaAllah abah, kite akn cuba buat yang terbaik… kite tau kite x sempurna… banyak lagi kite perlu belajar. Kite bukan saja nak jadi isteri yang baik dan taat, malah kite pun nak jd anak yg baik buat abah, InsyaAllah.”
Bagaimanapun, Elly Mazlein juga mengucapkan terima kasih buat abahnya dan bersyukur kerana dia kini mempunyai suami.
Diruangan komen, rata-rata mengaminkan doa Elly Mazlein dan turut meluahkan rasa sebak mendengar luahan daripada pelakon ini.
“U deserve it sistur, semoga kekal till jannah”
“Aminn tahniah kak… sebak pulak kita”
Sumber: Elly Mazlein
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL