“Welcome Back ‘Kak Ipaq’” Izara Aishah Bvka Ruangan Komen Di IG, Asyraf Khalid Sempat Menyakat

Gelagat Asyraf Khalid menyakat kakak iparnya pelakon Izara Aishah di laman sosial Instagram (IG) menjadi perhatian netizen.

Izara pada tengahari tadi (Selasa) telah memuat naik sebuah video dirakam oleh suaminya, Muhammad Adib Khalid ketika berada di lapangan terbang.

Pada ruangan kapsyen, Izara memberitahu hanya dia dan suami di Madinah dan Mekah selain mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah melancarkan lagi perjalanan mereka menunaikan umrah.

Selain kapsyen, Izara turut menulis di ruangan komen dan bertanya kepada pengikutnya bagaimana hendak menutup ruangan tersebut, disamping mengucapkan terima kasih kepada warga net yang mendoakan dirinya dan suami.

“Macam mana nak tutup comment di IGTV ni? Izara dah balik dah you guys.. thanks for all the well wishes!

Bagaimanapun adik ipar Izara, Asyraf Khalid sempat meninggalkan komen balas menyakat isteri kepada abangnya itu.

“@izaraaishahofficial mengada. Tak payah tutup comment. Its a free country! Hehe. Welcome back kak Ipaq,” tulisnya.

Komen Asyraf yang juga suami kepada pelakon Indonesia, Tya Ariffin itu telah mendapat 303 tanda suka oleh pengikut di IG Izara.

Difahamkan Asyraf mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Izara yang baru selesai menunaikan umrah bersama suami tercinta.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak