“Kita Semua Manusia! Saya Cinta Awak Dan Sokong Awak” – Penyanyi Antarabangsa Ali Gatie Pertahan Sharifah Rose

Penyanyi antarabangsa popular Ali Gatie mencvri perhatian wargamaya Malaysia apabila mempertahankan permohonan maaf personaliti sosial media Sharifah Rose setelah fotonya tidak mengenakan tudung tul4r.

Menerusi laman sosial Twitter, Gatie yang popular menerusi lagu It’s You mengulang kicau permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan oleh gadis berusia 21 tahun itu sejurus selepas tindakannya dikec4m wargamaya.

“Kita semu manusia. Saya cinta awak dan sokong awak. Hanya orang yang matang sahaja akan mengambil tindakan seperti ini. Kami semua bangga dengan awak, @sharifahrose,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Memberi maklum balas yang positif kepada permohonan maaf Sharifah Rose, penyanyi yang berpengkalan di Kanada itu memuji penjelasan yang telus daripada kekasih anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.

Hasil tinjauan Gempak, rata-rata warga Twitter terkejut yang sokongan yang diberikan oleh penyanyi bertaraf antarabangsa tersebut.

“Tweet berbayar ke ni Ali??” tanya seorang wargamaya.

“Ali Gatie back-up siot, see her level!” komen seorang wargamaya lagi.

“Weh Ali dulu aku free hair kau tak back-up pun!” kata seorang wargamaya.

“Aku rasa Sharifah ni ex Ali Gatie lah,” usik seorang wargamaya lagi.

Malah, ramai juga yang mencari punca bagaimana Gatie boleh mengenali Sharifah Rose sehingga membuatkan dia mempertahankan gadis tersebut.

Semalam foto Sharifah Rose tidak memakai tudung ketika sedang bercuti bersama kekasih hati dan rakannya di Phuket Thailand tular di media sosial sehingga membuatkan personaliti media sosial itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kicauan daripada Gatie itu sehingga kini telah menerima hampir 16,000 ulang kicau dan 31,000 tanda suka daripada wargamaya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak