Bob Lokman masuk hospital. Ini keadaan terkini beliau

PELAWAK dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat m4salah bvah pi1nggang.

Menerusi tulisan Dr Riduan Mohamad Nor yang dikongsi akaun Facebook Besut Berkat Sejahtera, Bob sedang dalam aktiviti jelajah (roadshow) kuliah di Terengganu sebelum dirujuk ke hospital.

“Jasadnya sangat l3mah dan dibawa ke Hospital UiTM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu.

“Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah.

“Kali ini saki1tnya agak ser1ius, kakinya memb3ngkak kehi1taman, kesan daripada mas4lah buah pinggang. Setiap kali melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berk3rut kesaki1tan. Paru-paru dan ja4ntung yang bermasalah, kini ditambah dengan mas4lah buah pingg4ng,” tulisnya.

Menurutnya lagi, berita berkenaan keuzvran Bob tersebar di media sosial dan sehingga kini ramai rakan datang melawat.

“Saki1t atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob,” katanya.

Terdahulu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah j4ntung.

Menurut Dr Riduan lagi, Bob mengalami mas4lah kewangan dan memerlukan b4ntuan daripada mana-mana pihak yang prihatin.

“Semenjak Bob jatuh sak1it, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.

“Isteri Bob tidak bekerja, tanggungannya ramai dan saya terkenangkan Bob yang turut dikerah ke mana saja untuk berceramah jika jasadnya s1ihat. Saya merayu teman-teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan b3ban keluarga kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Relawati Daud, 42, mereka dikurniakan lapan anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.

Bob Lokman h1ilang nikmat kerana s0mb0ng, isteri pula cabut lar1i namun syukur… Allah masih sayang

ROCK dan Bob Lokman… ia ibarat makanan yang tidak dapat dipis4hkan dalam kehidupan manusia.

Kerana kecintaannya kepada irama muzik itu, tiada satu pun kelab rock di negara ini yang tidak dikunjunginya. Begitu juga poster-poster penyanyi dan kumpulan rock yang semestinya menjadi koleksi simpanan.

Nama Bob Lokman dalam dunia muzik tempatan juga bukanlah asing. Lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) sebagai contoh antara karya yang benar-benar mengangkat namanya sehinggakan ia dijadikan filem dengan judul berkenaan.

Selain Isabella, dia mencipta nama dengan lagu Taman Rashidah Utama (Wings), Rendang Tak Berbuah (Hattan) adalah antara lagu yang mendapat sentuhan emas Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

“Saya peminat muzik rock, di mana kelab yang ada main muzik rock, saya pasti akan sampai.

“Saya pernah ada komputer riba yang menyimpan lagu-lagu rock yang boleh didengar secara berterusan selama 12 hari,” kata penulis lirik itu ketika ditemui di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor.

Namun begitu, kecintaannya pada rock selepas 20 tahun berubah tiba-tiba apabila dia membuat kejvtan dengan menarik diri sebagai juri tetap rancangan Raja Lawak musim kelima iaitu pada 2011 ketika ia sedang bersiaran langsung.

Dari kiri: Kenangan Bob, Allahyarham Din Beramboi (tengah) dan Datuk Afdlin Shauki ketika bergelar juri program lawak pada 2010.

Sewaktu Bob membuat keputusan mendadak itu, dia sebenarnya sudah mula memperlahankan rentak kerjayanya dan mendekati cara hidup yang menjurus kepada hal ehwal agama Islam.

Bob seolah-olah tersedar daripada mimpi, muzik rock yang menjadi nadi hidupnya sebelum ini telah dianggap sebagai sesuatu yang melalaikan.

“Sekarang saya dah tak simpan poster penyanyi rock, semuanya saya dah buang. Laptop yang penuh lagu tu pun saya pecahkan,” ujarnya.

Punca penghijrahan Bob bermula ketika dia disahkan lumpuh pada 1997 selama setahun pada usia 33 tahun.

“Bermula daripada lvmpuh tu datang masalah-masalah lain, kemudian saya kena sakit jantung dan darah tinggi.

“Saya kuat merokok. Itulah takdir yang saya pilih dan bukannya yang Allah tetapkan. Kita boleh memilih takdir, kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia,” katanya.

Isteri Lari

Selepas mengalami lumpvh, Bob diuji pula dengan ker3takan rumah tangga.

Baginya, ujian kesi1hatan dan kewangan tidak sebesar dugaan kehi1langan seorang isteri.

“Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak yang masih kecil sebab dia rasa saya tiada masa depan. Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah selama hampir 12 tahun,” luah Bob yang akhirnya berkahwin lain.

Perpi1sahan itu membuatkan Bob mengimbau kembali lirik-lirik lagu yang pernah ditulisnya.

Dia menghasilkan sebanyak 350 lagu yang kebanyakannya berkisar tentang kek3cewaan dan pvtus cinta.

“Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada diri saya sehingga saya tak boleh menulis lagi dah. Saya tulis dulu sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya,” ujarnya.

Pada 2004, Bob mula terdetik untuk melarikan diri daripada dunia popular.

“Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular.

“Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya,” jelasnya.

Bagaimanapun teguran daripada seorang ulama membuatkan dia akhirnya tersedar.

“Ulama tu kata ‘Bob Lokman ni dulu orang yang s0mbong’. Saya tanya, ‘ye ke ustaz?’ Dulu ustaz tu nak tegur saya pun segan.

“Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang s0mbong. Dan bermula dari situlah bermulanya proses hijrah saya,” katanya yang membuat keputusan untuk berubah menjadi lebih baik.

Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlantar saki1t, namun takdir mendahului segalanya apabila anak sulung yang menjaganya selama ini dijemput Ilahi pada 5 Oktober lalu.

Mohamad Adam, 25, yang mempunyai sejarah mengi1dap ketumbvhan di bahagian otak ketika kecil telah meni1nggal dunia selepas reb4h di beranda rumah mereka yang terletak di Saujana Akasia, Sungai Buloh.

Biarpun sed1h dengan kehilangan anak yang menjaganya selama ini, namun Bob bersyukur pada usia lanjutnya, Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi lebih baik.

 

Sumber : Duniadanakhirat