“AYAH ada hantar mesej motivasi, minta saya jadi seorang yang berjaya dalam keluarga dan itu impiannya,” kata Adam Danial, anak sulung pengarah muzik, Allahy4rham Faizal Uzir yang berkongsi perbualan terakhi1r bersama arw4h bapanya.
Faizal atau lebih dikenali pada kalangan penggiat seni tanah air sebagai Lok U men1inggal dunia, pagi semalam.
Adam, 20, pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah berkata, dia begitu terkejvt apabila dimaklumkan berita kemat1ian bapanya.
“10 minit pertama, saya tergamam sehingga tidak dapat melahirkan apa-apa perasaan.
“Selepas itu apabila teringat semula memori bersama ayah dan
sebagainya, saya rasa sangat sedih dan tak henti menang1is.
“Dalam perjalanan pulang, saya asyik menang1is kerana hilang tempat bergantung dan meluahkan segala-galanya,” katanya.
Menurut Adam, sebagai anak sulung, ayahnya selalu berpesan supaya dia menjadi anak yang berguna kerana akan menjadi ketua keluarga suatu hari nanti.
“Kami adik beradik selalu dengar ayat ini tapi tak sangka seawal ini pula ayah pergi.
“Kami baru nak masuk alam remaja dan dah kena lalui semua ini
“Tapi, tak apa kerana ini janji Allah yang sayangkan ayah. Kami kena terima hakikat dan bangkit dari kesedihan,” katanya.
Allahyarham Faizal meni1nggal dunia akibat mengalami s3sak naf4s dan r3bah di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan selepas pul
“Ayah juga sangat bermotivasi dan tahu apa nak dilakukannya dalam hidup.
“Dia sentiasa motivasikan saya dan adik-adik semoga berjaya dalam hidup dan kena keluar dari zon selesa untuk cari kehidupan,” katanya.
Menurutnya, arw4h ayahnya juga sering ingatkan menjaga solat kerana perlu menjaga hubungan dengan Tuhan.
“Ayah seorang yang penyayang dan suka berjenaka. Perkara yang paling seronok apabila kami berkumpul sekeluarga di meja makan.
“Dia selalu puji masakan ummi dan buat lawak. Saya akan rindukan kenangan ini,” katanya.
Terdahulu j3nazah Faizal menjalani proses b3dah siasat di Hospital Sedang dan dimandi serta dik4fan sebelum disembahyangkan di surau Al- Falah, Puncak Jalil selepas solat Maghrib.
J3nazah kemudian dibawa ke Tanah PerkVburan Islam USJ 22 untuk dikebumikan pada jam 9 malam.
Allahy4rham Lok U, 46, meninggalkan isteri, Jamariah Yusof dan empat anak iaitu Adam Danial, 20, Faris Danial,18, Ahmad Firhan Danial, 15, dan Yasmin Damia, 13.
“Tak Sempat Kita Nak Kerja Bersama Ahad Ni” – Sophia Liana Nak Dedikasi Lagu Buat Arwah Lok U
Peserta program realiti Dansa Dan Sing, Sophia Liana meluahkan rasa terki1lan apabila hasratnya untuk membuat persembahan bersama komposer dan penerbit muzik, arwah Lok U pada Ahad ini tidak kesampaian.
Sophia yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam berkata, jika mengikut perancangan, dia akan menyanyikan sebuah lagu sambil diiringi Lok U selaku pemuzik pada minggu ini.
“Tak sempat kita nak kerja bersama untuk Ahad ini. Terima kasih abang Lok U sudi terima idea membuat persembahan dengan Sophia, tapi Allah lebih sayang abang.
“Saya akan menyampaikan lagu Kau Yang Punya pada hari Ahad ini dan dedikasikannya kepada abang,” tulisnya.
Perkara itu diluahkan Sophia menerusi satu status yang dikongsikan menerusi Instagram Story miliknya semalam.
Katanya, dia terkejut sejurus mendapat tahu berita mengenai pemergian Lok U pagi semalam.
“Bangun hari ini (semalam) dengan perkhabaran berita yang amat sed1ih. Saya terk3du ketika ini. Semoga Allah tempatkan abang @faizaluzir dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.
sumber:hmetro, mstar
Sumber : Duniadanakhirat