Mungkin ramai generasi sekarang tidak tahu, Dato’ Jamal Abdillah mula dikenali dalam arena seni selepas bakatnya dipersembahkan keseluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara, Bintang RTM tahun 1979..
Persembahan beliau dengan lagu hits Kumpulan Alleycats berjudul “Senandung Semalam” begitu menarik perhatian orang ramai hingga kembali mempopularkan lagu tersebut. Penyanyi bersuara emas dengan geIaran Raja P0p Malaysia
ini telau mengimbau kembali kisah lama saat-saat dia mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Terima kasih kepada DJ Nazz, kerana berjaya memb0ngkar kisah siIam Jamal dalam program bual bicaranya dalam Begitu Begini Dj Nazz di Youtube Gegar. .
Mendapat Tent@ngan Dari Bapa
Menurut Jamal, pada awalnya saat dia menyertai bintang RTM, dia telah mendapat tentangan dari bapanya, Haji Mohd Ali yang merupakan seorang Qari. Walaubagaimanapun selepas melihat usahanya bersungguh-sungguh untuk bergelar juara, akhirnya bapanya terus memberi sokongan.
“Masa tu dia dah nampak banyak kali saya dah menang, dan dia bagi sokongan lah! Dia tak sangka saya sampai ke peringkat akhir, dengan usaha saya ni, dengan duit yang dia bagi, dia tak tahu masa tu saya wakil negeri Perak dan pergi ke peringkat utara.”- katanya kepada DJ Nazz
Jamal berkata, bapanya turut hadir semasa dia membuat persembahan di pentas final, sekaligus menyandang geIaran juara dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM 5 Ribu. “Dan kemudian saya masuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan sampai final.
Dan masa fin@l tu dia datang menyaksikan persembahan saya” “Dialah yang menjer!t terlebih dulu saat keputusan diumumkan. Suara dia menjer!t dalam audit0rium tu, suara dia yang saya dengar. Maknanya dia boleh terima lah!”
“Saya Lambakkan Wang Tu Depan Mak”
Bila ditanya apa yang Jamal belanjakan dengan wang kemenangan tersebut, ini jawapannya; “Rasanya sekarang ni dalam nilai RM50 ribu lah. Saya balik bawa trofi ke kampung saya di Teluk Intan, duit tu saya lambak dekat mak saya. Saya lambak depan dia.
“Dia macam tak percayalah, bagi duit tu semua” Jamal berkata, pada saat itu dia tidak berkira sangat mengenai wang kemenangan tersebut, yang penting dia sudah capai apa yang diimpikan. Temubual penuh Naqiu dan DJ Nazz boleh ditonton di Begitu Begini Dj Nazz di Youtube Gegar yang
kini sudah mencapai 193 ribu tontonan. Banyak lagi kandungan yang menarik di paparkan pada setiap video di laman Youtube Gegar. Tunggu apa lagi, jangan lupa Subscribe Youtube Gegar. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:murai
Jamal Abdillah akui silap diri gagal dalam 3 perkahwinan, kini bahagia dengan Izzati
Jamal Abdillah dan isteri, Zai Izzati Khiruddin berkahwin pada 1 April 2017. TIGA kali gagal dalam perkahwinan tidak pernah membuatkan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menutup hatinya untuk kembali berumah tangga dan mengecapi kebahagiaan.
Pada usianya 58 tahun, hero filem ‘Azura’ ini kembali memegang status sebagai suami apabila berkahwin dengan wanita pilihannya, Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017. Jarak usia 35 tahun tidak menjadi penghalang buat Jamal dan Izzati menyulam cinta,
namun kata penyanyi lagu Seniman Menangis ini pada awalnya perkahwinan mereka bukan mudah. Jelas Jamal, usianya yang lebih tua daripada isteri membuatkan dia sedikit sebanyak berasa janggal kerana sedar cara ‘old school’ mungkin tidak lagi sesuai dalam memikat hati Izzati.
“Pada awalnya saya akui memang sukar sebab jarak usia kami yang agak besar sehinggakan ada rasa janggal untuk enam bulan pertama kami berkahwin. Jamal memberitahu pada awalnya berasa kekok berkahwin dengan wanita jauh lebih muda daripadanya.
“Tetapi apabila difikirkan kembali usia itu hanya angka. Paling penting bagaimana kami sebagai suami-isteri menjayakan masjid yang dibina. “Alhamdulillah lama-kelamaan rasa janggal itu hilang dengan sendiri kerana daripada tiga kegagalan perkahwinan sebelum ini banyak mengajar
saya untuk lebih bijak mengemudi rumah tangga kami. “Apa paling penting, kita saling menghormati tidak kira isteri kita itu masih muda atau sebaliknya,” kata beliau kepada mStar Online. Jamal pernah berkahwin dengan Basirah Abdul Latiff pada 1988 namun mereka berpisah pada 1996.
“Penat menghiburkan hati orang tetapi hati saya sendiri sering berasa sunyi dan sepi.”-Datuk Jamal Abdillah, Penyanyi. Penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir ini kemudiannya bertemu jodoh dengan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun.
Selepas berpisah dengan Noraina, Jamal kemudiannya berkahwin pula dengan Fatimatuzahrah Samad pada 2006 namun berpisah pada 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun.
Hiburkan hati orang, hati sendiri kosong
Bercakap lanjut mengenai isterinya, Jamal berkata, Izzati adalah seorang isteri yang memahami dirinya selain menyifatkan kehadiran wanita itu memberi ketenangan kepadanya sejak sekian lama menduda. Jamal menyifatkan kehadiran Izzati dalam hidupnya sebagai anugerah daripada Allah.
Kata Jamal, isterinya itu seorang yang matang dalam pelbagai segi walaupun baru berusia 25 tahun, selain keperibadiannya yang lembut membuatkan dia tertarik hati. “Kalau dulu tengok dinding saja setiap malam… Penat menghiburkan hati orang tetapi hati saya sendiri sering berasa sunyi dan sepi.
Ada isteri ni kehidupan saya lebih tenang dan ada teman bicara untuk berkongsi cerita dan masalah. “Alhamdulillah, Izzati pandai menguruskan rumah tangga, menjaga keperluan saya dan paling penting dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya sebagai penyanyi… Dia anugerah Allah buat saya,” ujarnya.
Kegagalan rumah tangga salah sendiri…
Menempuh tiga kegagalan perkahwinan sebelum ini, Jamal memberitahu dia tidak pernah menyalahkan sesiapa sebaliknya meletakkan kesalahan itu dibahunya sendiri. Jamal memberitahu kegagalan tiga perkahwinannya sebelum ini adalah kesalahannya.
Kata Jamal, sebagai lelaki dia tidak malu untuk mengakui tentang kekes4lan kerana tidak dapat mempertahankan rumah tangganya, selain memberi kehidupan normal kepada anak-anaknya. Pun begitu kata Jamal, pengalaman itu menjadikan dia seorang lelaki dan suami lebih baik untuk Izzati selain lebih menghargai orang di sekelilingnya.
“Setiap manusia itu mengharapkan kebahagian dalam hidup termasuk diri saya tetapi mal4ngnya itu tidak berlaku kepada saya sebelum ini. “Saya tak pernah salahkan sesiapa tetapi diri saya sendiri yang gagal mengemudi perkahwinan saya dengan baik namun saya lihat ia sebagai satu pengalaman dan pengajaran buat diri saya. “Apa-apa pun fokus saya kini adalah terhadap kehidupan sekarang, membahagiakan isteri dan dua anak saya,” katanya.
Sumber mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://empiremedianetwork.com/