Pertanian merupakan perniagaan yang mempunyai naik turunnya. Namun sementara mendapatkan untung, para petani dan peladang perlu bermandi peluh terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik.
Seorang petani, Adib Moin menimbulkan persoalan yang membuatkan orang ramai terbuka mata. Isu orang tengah yang mengambil untung besar ini sememangnya telah lama timbul, namun ia masih berlaku dan didakwa terus menekan golongan petani atau nelayan yang bekerja keras membanting tulang.
Sebagai seorang graduan yang memilih kerjaya sebagai petani, Adib sering membuat perkongsian tentang pertanian dan penternakan bagi pengikutnya.
Terbaru, pengusaha cili ini memuatnaik perkongsian di laman Twitter yang menimbulkan tanda tanya orang ramai,
“Orang tengah beli RM4 ja, jumpa di pasaraya harga jadi RM14.50. Bahagian mana yang makan besar ni?”
Perkongsiannya mendapat reaksi dari rakan petani lain yang tampil dengan luahan, pendapat dan cadangan masing-masing.
Selalu bagi alasan “sebab harga kawalan”
“Alasan harga jatuh, sebab import banyak masuk”
Kumpul hasil tani kampung, jual terus ke pasaraya dalam jumlah yang banyak
Terus jual kepada pengguna pada harga lebih murah berbanding pasaraya
Sendiri tanam sendiri jual di pasar tani
Sumber: Adib Moin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Siakap Keli