Sudah tentu agak mengecewakan apabila tugas seorang jurugambar dipandang enteng dan sering diganggu dengan tetamu yang terlampau teruja dalam majlis.
Hal tersebut dikongsikan oleh Haikal Omar yang nyata kecewa kerana tugasnya dalam merakam momen kedua mempelai pengantin terganggu apabila ada tetamu yang ‘terlebih teruja’ menangkap gambar menggunakan telefon.
Kredit foto: Twitter
“Hendak guna telefon tu boleh. Tapi janganlah buat macam ini pada kami.
“Moment pengantin itu untuk kami persembahkan dalam bentuk video. Jadi macam ni, tak tau la hendak kata apa,” katanya.
Tolong lah. Please.
Aku merayu.Nak guna phone tu boleh.
Tapi jangan la buat macam ni pada kami.
Moment pengantin tu untuk kami persembahkan dalam bentuk video.
Jadi macam ni, tak tau la nak kata apa.Aku dah elok tinggikan tripod + dia memang tahu ada kamera belakang dia. pic.twitter.com/5isGXzAbxI
— Haikal Omar 🌐 (@kalcubemaster) January 22, 2020
Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. Ada yang mencadangkan agar Haikal membuat pengumuman terlebih dahulu sebelum majlis supaya para tetamu faham tugasnya.
“Selama jaga majlis kahwin, kebanyakan orang buat macam tu, sebab tak nak orang ganggu jurufoto mereka. Jadi amaran awal-awal. Kita bayar jurufoto bukan mereka,” terang pengguna bernama Norardilla.
Meskipun dikatakan sebagai isu terpencil, namun perkongsian itu mendapat lebih 10 ribu kali kicau semula.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:Cari via Apple Hijau