Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menafikan dakw4an mengenai wujudnya kecur4ngan dalam rumah tangganya selepas sekeping foto wanita tidak bertudung dikongsikan di Instagram isterinya, Hana Azraa.
PU Abu berkata, semua itu hanyalah satu bentuk spekvlasi semata-mata sebagai satu cubaan untuk meng4ibkan pihak tertentu.
“Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya.
“Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba meng4ibkan seseorang.
“Hakikat yang sebenarnya, hal yang melibatkan kecur4ngan tidak berlaku dan hanyalah salah faham,” jelasnya.
PU Abu berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
Katanya, dia akan menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat sejurus kembali pulang dari Tanah Suci Makkah.
“Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini.
“Insya-Allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar,” tulisnya.
Terdahulu, Hana difahamkan memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.
< BACA:< < Isteri PU Abu Dedah Gambar Wanita Tak Bertudung, Dakwa Suami Ada Kekasih Baru Lagi?<
Di ruangan kapsyen, individu tersebut dipercayai merupakan kekasih baru suaminya berdasarkan penggunaan hashtag #myhusbandlover.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, entri berkenaan dipadam.
Ekoran pended4han isterinya itu, pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan mengatakan wanita tersebut mungkin bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini Latif.
Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berant4kan.
Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ain, PU Abu dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak