Aplikasi TikTok sangat popular di kalangan remaja dan generasi muda yang gemar berkongsikan video nyanyian dan lakonan mereka.
Dari aplikasi itu juga terhasilnya banyak trend media sosial dan cabaran-cabaran internet yang membuat ramai terpengaruh untuk mengikutinya.
Lipsync dan menari duet.
TikTok bukan sahaja untuk mereka yang berbakat dalam seni seperti nyanyian dan lakonan. Malah ramai yang mendapat jutaan views hanya dengan merakamkan diri mereka ber’lipsync’ dan menari duet bersama rakan mahupun ahli keluarga.
Antara rahsia untuk mendapatkan tontonan yang banyak adalah dengan menghasilkan video yang menarik, comel, lucu, dan spontan.
Itulah yang dapat dikatakan tentang video TikTok dangdut Aaron Aziz yang dikongsikannya di Instagram.
Dalam video berkenaan kelihatan pelakon Singapura itu sedang duduk di ruang tamu bersama isteri dan 3 orang anaknya.
Sebaik muzik lagu dangdut bermula kelima-lima beranak itu mula berjoget dengan pergerakan yang seragam, menimbulkan rasa lucu kepada sesiapa sahaja yang menonton aksi mereka itu.
Video TikTok dangdut Aaron dan keluarganya itu meraih 446,781 views, ramai yang terhibur dengan gelagat Aaron yang melayan kerenah anak-anaknya.
Lebih membuat gel1 hati adalah hashtag Aaron yang disertakan dengan posting itu. Antaranya adalah ‘abg dipaks4’, ‘abg tak rela’, ‘abg berkorban’, ‘abg nak delete’ ‘abg jatuh air muka’ dan ‘abg g4ngster bukan tiktokers’.
“Jelas sgt xrela…”
“#abgnampakkeras…”
“Pasrah sgt…”
“Ada bakat yang tersembunyi…”
“Demi keluarga tercinta…”
Sumber: himpunan cerita lawak
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Kl press