“Sampai Seng3t Bini Tu!”- Gara-Gara Isteri Mengadu Badan Berisi, Saharul Ridzwan Sunting Foto Jadi Kurus

Gara-gara isteri mengadu badan kelihatan berisi di dalam foto, pelakon Saharul Ridzwan telah menyuntingnya sebelum memuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Foto yang disunting itu menunjukkan isterinya yang hamil lima bulan bukan sahaja kurus malah badannya menjadi bengkok.

“Bila nak upload gambar, kena dapat kelulusan bini dulu. Dia kata badan nampak berisi. Sedangkan tengah pregnant lima bulan.

“Okay kita editkan dia bagi nampak slim ye sayang,” tulisnya di dalam kapsyen dalam entri yang sama.

Entri tersebut bagaimanapun mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata merasa lucu dengan foto yang disunting.

“Kelakarnya, sampai senget bini tu.

“Haha bengkok pun bengkok lah

“Kelakar, dah tak berpunggvung dah bini tu,” komen antara pengikutnya. Terdahulu, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali manakala dalam perkembangan terbaru, Deena kini hamil anak kedua.

 

Sumber : Gempak