GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pihaknya masih belum jelas jika coronav1rus yang merebak di China dan seterusnya menular berj4ngkit ketika tempoh pengeraman, sebelum simptom j4ngkitan muncul.
Virus yang boleh menyebabkan j4ngkitan pernafasan akut seperti pneumonia, dalam beberapa minggu membnuh lebih 80 orang dan menj4ngkiti kira-kira 2,740 di China, manakala kes sudah dikenal pasti di 12 negara.
Dalam satu laporan terkini mengenai v1rus baharu, yang dikenali sebagai 2019nCoV, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan tempoh pengeraman untuk v1rus itu adalah antara dua hingga 10 hari.
“Memahami tempoh pes4kit yang dijangkiti v1rus menj4ngkiti orang lain adalah penting untuk usaha kawalan,” kata WHO.
WHO tidak mengesahkan pernyataan dibuat pihak berkuasa China bahawa orang yang dij4ngkiti boleh menyebarkan peny4kit itu sebelum mereka menunjukkan tanda-tanda demam atau masalah pernafasan.
“Maklumat epidemiologi yang terperinci dari lebih banyak orang dij4ngkiti diperlukan untuk menentukan tempoh berjangkit 2019nCoV, khususnya sama ada j4ngkitan boleh berlaku daripada individu yang tanpa gejala atau ketika tempoh pengeraman,” katanya.
Minggu lalu, WHO tidak mengisytiharkan wab4k coronav1rus sebagai kecem4san kesihatan awam global – perisytiharan yang jarang digunakan, hanya untuk wabak terburuk yang akan mencetuskan lebih banyak tindakan global yang bersepadu.
Bagaimanapun badan dunia itu mengakui semalam, ia membuat kesilapan dalam penilaian risiko v1rus berb4haya dalam beberapa laporan minggu lalu, mengakui risiko global ‘tinggi’ dan bukannya ‘sederhana.’
V1rus itu telah menyebabkan kebimbangan dunia kerana persamaannya dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), yang membnuh beratus-ratus di tanah besar China dan Hong Kong pada tahun 2002-2003.
V1rus baharu itu dipercayai menjangkiti manusia daripada haiwan di pasar Wuhan. Bagaimanapun kaedah j4ngkitan belum dapat dipastikan.
Seperti SARS dan satu lagi coronav1rus yang membnuh dikenali sebagai Sindrom Pernafasan Tengah-Timur, atau MERS, WHO mencadangkan bahawa v1rus baharu boleh menyebarkan melalui titisan, contohnya ketika orang bersin atau batuk, atau melalui hubungan langsung dengan orang yang dij4ngkiti atau dengan objek disentuh.
Untuk mengurangkan risiko jangkitan, WHO menegaskan keperluan untuk mengelakkan hubungan rapat dengan orang yang mengalami j4ngkitan pernafasan akut, sering mencuci tangan, dan mengelakkan hubungan tanpa perlindungan dengan ladang atau haiwan liar.
Agensi juga menekankan pentingnya mengamalkan etika batuk termasuk mengekalkan jarak dan menutup mulut ketika batuk dan bersin dengan tisu.
WHO tidak mengesyorkan sebarang sekatan perjalanan atau perdagangan antarabangsa, tetapi menggesa tahap pengawasan yang tinggi, termasuk menggalakkan pemeriksaan masuk bagi penumpang yang meninggalkan kawasan terjejas di lapangan terbang.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Bharian