Sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia sememangnya meriah. Lebih-lebih lagi jika mempunyai keluarga besar dan saling pulang ke rumah orang tua untuk berkumpul dan berjumpa bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim.
Disebabkan masyarakat yang majmuk di negara ini, tidak hairan langsung jika ada dalam kalangan mereka sudahpun berkahwin dengan pasangan berbangsa lain dan sudahpun menukar agama.
Siap ada tarian singa di depan rumah
Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukanlah masalah bagi sesetengah pihak kerana ia langsung tidak memutuskan perhubungan sebagai sebuah keluarga.
Hal tersebut samalah seperti yang dilakukan oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang sama-sama berkumpul dengan saudara-mara pada sambutan Tahun Baru Cina keluarganya tempoh hari.
Keluarga besar berkumpul di kampung
Meraikan Tahun Baru Cina di kampung halaman, Ustaz Ebit Lew sempat berkongsi kemeriahan perayaan tersebut di media sosial miliknya.
Melalui gambar-gambar yang disertakan, jelas sekali keluarga besarnya bersikap terbuka dalam pegangan masing-masing dan kekal menghormati antara satu sama lain.
Bersama saudara-mara
Kagum dengan silaturrahim ustaz
Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik yang dilakukan oleh Ebit Lew, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif di Instagram miliknya.
Mereka juga sempat mendoakan agar keluarga besar Ebit Lew terus menjalinkan ukhwah sebaiknya dan diberi kesejahteraan hingga ke akhir hayat.
Sumber : Ebit Lew
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Rosemerah