Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberitahu membuat posting mengenai ‘berita’ berkaitan wab4k Kor0nav1rus hanya untuk menunjukkan fotonya memakai topeng muka.
Zed berkata, berita tersebut memaparkan orang ramai mengenakan topeng muka dan dia juga melakukan perkara sama untuk menujukkan kesamaan.
“Apa yang saya cuba buat adalah nak link berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka (sebab) nak link saya pakai topeng tu,” katanya.
Tambah Zed, dia sudah sedia maklum berita yang dimuat naik sejak semalam berkaitan wab4k koron4v1rus 2019 (2019-nCoV) di akaun media sosial miliknya adalah p4lsu.
Katanya lagi, dia juga tahu mengenai fungsi aplikasi menghasilkan berita menggunakan laman breakyourownnews.com tersebut.
“Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja. Takkan la saya tak tahu tu berita p4lsu,” katanya kepada Malaysiakini.
Zed aatau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil diminta mengulas susulan kec4m netizen terhadapnya berhubung penyebaran berita p4lsu berkaitan di media sosial sejak semalam.
Berita p4lsu itu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia (Berita tergempar: Semua negara kecuali Malaysia – semua negara mengh4ramkan pelancong China kecuali Malaysia).
Pelakon itu menerima kec4man bertalu-talu selepas memuat naik hantaran itu di akaun Facebook dan Twitternya sejak semalam.
Sumber: Malaysiakini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak