Isteri Bob Lokman Mohon Doakan Kesihatan Suaminya Agar Boleh Kembali Berdakwah

Isteri kepada pelakon dan penulis lirik Bob Lokman berharap agar kesihatan suaminya bertambah baik supaya suaminya itu boleh kembali berdakwah seperti biasa.

“Doakan abang dikurniakan kesihatan agar dia boleh berdakwah seperti biasa,” katanya.

Isteri Bob, Relawati Daud berkata suaminya dimasukkan ke h0sp1tal UiTM, Sungai Buloh pada 19 Januari lalu akibat kekurangan oksigen pada jantung.

Pengacara, pelawak dan penulis lirik terkenal berkenaan sebelum ini diberitakan bergantung pada tabung oksigen untuk pernafasan semasa tidur sejak 2013.

Bob yang pernah menulis lirik antaranya Isabella, Rendang Tak Berbuah dan Pada Syurga Di Wajahmu juga terpaksa mengambil 15 jenis ubat-ubatan dengan kos dianggarkan melebih RM1,000 setiap bulan.

Bob juga meneruskan kelangsungan hidupnya dengan berniaga makanan sambil dibantu isteri dan arwah anak sulungnya, Mohamad Adam.

Bob dan Relawati memiliki lapan orang anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.

Bagaimanapun perniagaan mereka terpaksa dihentikan kerana masalah kesihatan dihadapi Bob selain tidak mempunyai kudrat mencukupi untuk menguruskan aktiviti itu sendirian.

“Kedai dah tutup, abang dah tak larat nak masak. Sekarang dia banyak tumpukan pada kuliah maghrib di masjid-masjid atau pun surau,” katanya.

 

Sumber: MalaysiaKini

Foto: Carian Google, Rap Harian Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak