KUALA LUMPUR: Pelakon cilik, Mia Sara, 15, mempunyai alasan tersendiri apabila meluahkan hasrat mahu meninggalkan dunia lakonan di laman sosial, Instagram, semalam.
Kata pemilik nama Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, dia sudah lama berfikir untuk berbuat demikian dan kini, tekad untuk bersuara.
View this post on InstagramWaiting for the new year impatiently 🥳🥳🥳🤩🤩🤩 . . . #miayoutube #miasara #miasaranasuha
“Sebelum ini, saya berehat selama dua hingga tiga tahun disebabkan kurang tawaran tetapi saya menerima watak dan karakter sama sejak kebelakangan ini.
“Ia seperti tidak menghargai bakat lakonan saya. Bukan saya tak bersyukur tetapi saya menginginkan watak mencabar kredibiliti sebagai pelakon.
“Sudah lebih 10 tahun bergelar anak seni, tetapi tawaran tetap sama, sedangkan orang baharu mendapat tawaran yang lebih mencabar,” katanya kepada BH Online.
Mia berkata, dia sudah penat diberi layanan sebegini.
“Buat apa saya membuang masa jika tak mahu menghargai bakat lakonan saya. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.
“Industri seperti tidak memerlukan saya lagi. Jadi, biarlah saya fokus pada perkara lain seperti saluran YouTube dan perniagaan,” katanya.
Selain itu, keputusan itu juga disebabkan dia yang baru berpindah sekolah sejak dua minggu lalu.
Lantas, katanya, dia mahu memberi perhatian pada persekitaran baharu di sekolahnya di Cyberjaya.
Bagaimanapun, Mia memohon sedikit masa untuk berfikir dan berkongsi jawapan muktamad menerusi video yang akan dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
“Setakat ini, saya belum membuat keputusan muktamad, berilah saya masa untuk fikir sedalam-dalamnya. Terima kasih pada mereka yang memberikan kata semangat.
“Ramai menyokong walau apa saja keputusan yang saya buat termasuklah ibu bapa,” katanya.
Sementara itu, tindakan mahu meninggalkan dunia seni bukanlah gimik untuk menarik peminat menonton saluran YouTube miliknya.
“Niat membuat video supaya jawapan saya tidak mengelirukan orang ramai. Menerusi tulisan orang boleh salah faham dan membuat kesimpulan berbeza-beza, jadi biarlah saya merakam video supaya mesej yang disampaikan tidak melencong,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Bharian