KONONNYA takut dengan h4ntu, seorang pelajar sebuah madrasah tahfiz ‘terperangkap’ dengan t1pu hel4h seorang mudir atau guru agamanya sendiri yang bern4fsu s0ngs4ng.
Namun kerana keperibadiannya dan disegani pelajar yang mahu mendapatkan keberkatan, kegiatan kej1nya dapat disembunyikan di sebalik gelaran ‘ustaz’.
Beberapa transkrip perbualan seorang mudir bersama pelajar lelakinya dikongsi di halaman Facebook aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi yang terkenal kerana sering berkongsi tentang pelbagai kes jen4yah s3ksu4l membabitkan kanak-kanak dan remaja.
Syed Azmi mengadakan pertemuan dengan pelajar berkenaan bagi membantu dalam kes membabitkan m4ngs4.
Perbualan intim antara mudir yang dikenali dengan panggilan ustaz itu bersama pelajarnya telah bermula sejak Jun tahun lalu.
“Siapa pernah civm kamu selain ustaz? Nanti lepas raya ustaz selalu civm kamu ya. Kalau kamu tak mahu, beritahu ustaz tapi jangan beritahu orang lain,” demikian antara mesej yang dihantar dipercayai menerusi aplikasi WhatsApp.
Berhadapan dengan kes penc4bulan pelajar itu, Syed Azmi telah bertemu dengan m4ngs4 yang dibawa oleh ibu bapanya bagi mendapatkan bantuan.
Antara mesej mengejutkan daripada seorang ustaz di sebuah madrasah di Selangor.
Aktivis itu turut bertanyakan beberapa soalan kepada m4ngs4 bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku membabitkan mudirnya.
“Tak rasa apa-apa ke bila mudir ajak civm mulut dan pipi?” soal Syed Azmi.
“Tak, sebab nak dapat berkat daripada ustaz,” jawab pelajar berkenaan.
Mesej perbualan intim seorang ustaz bersama pelajarnya bermula sejak Jun 2019.
Sebagaimana yang dikongsikan pelajar tersebut, Syed Azmi berkata, m4ngs4 melihat ramai yang mahu minum dari bekas cawan mudirnya itu selepas dia memberi ceramah di masjid.
“Jadi dia ingat kalau mudir nak civm pipi dan mulut dapatlah berkat. Dia buat tu tiga kali tapi tak ada orang nampak.
“Katanya ‘sepanjang tahun, tujuh kali mudir ajak saya tidur bilik. Dia suruh pelajar lain panggil saya pergi tidur kat bilik dia. Saya tak nak, tapi saya tahu kalau saya tak ikut arahan, pelajar yang membawa pesanan tu yang akan kena denda. Mereka pun t4kut nak lawan cakap mudir,” ujar aktivis itu.
Ustaz sudah mula bertanya tentang sayang.
Syed Azmi turut bertanya kenapa perlu tidur bersama mudir, dan pelajar tersebut menjawab: “Sebab mudir kata ada h4ntu dan dia takut h4ntu… h4ntu Cik Bedah.”
Dia turut bertanya pelajar lain mengenai h4ntu berkenaan dan jawapan sama diberikan bahawa mudir mereka begitu takut dengan h4ntu Cik Bedah.
“Apa yang mudir buat? Pelajar tu memberitahu ‘dia akan ajak saya ke katil dia, dia akan 0gel dan b0gelkan kita dan lepas tu dia ‘buat’,” katanya.
Mesej ustaz yang mahu mencivm pelajarnya.
Bercakap kepadanya, Syed Azmi berkata, mudir di sebuah madrasah di Selangor itu telah dibebaskan dari tahanan reman dan kes membabitkan m4ngs4 yang merupakan remaja belasan tahun itu masih dalam si4sat4n.
“Bagaimanapun, sed1h apabila ramai ibu bapa dan pelajar yang sangat sukakan sekolah ni. Seorang sahaja yang j4hat iaitu mudir tapi yang lain bagus sangat.
Contoh SOP atau akujanji yang mana pelajar tak boleh tidur dengan mudir. Boleh ke pelajar urut guru dalam bilik tertutup atau hanya buat di luar bilik?
SYED AZMI
“Ibu bapa datang berjumpa saya untuk cari jalan macam mana perkara sebegini tak berlaku lagi. Dan di pihak kami mengadakan perbincangan seperti prosedur operasi standard (SOP) dan akujanji perlu dijelaskan di sekolah,” katanya kepada mStar namun enggan mengulas lanjut mengenai butiran kes kerana ia masih dalam si4sat4n.
Selain mengelakkan kejadian berulang, menurut Syed Azmi, SOP dan akujanji tersebut turut bertujuan untuk mengelakkan sebarang f1tn4h di sekolah.
Ustaz semakin berani bermain dengan perasaan untuk ‘mengumpan’ pelajarnya.
“Sebagai contoh SOP atau akujanji yang mana pelajar tak boleh tidur dengan mudir. Boleh ke pelajar urut guru dalam bilik tertutup atau hanya buat di luar bilik?
Syed Azmi mengadakan perbincangan bersama keluarga m4ngs4.
“Contohnya, adakah pelajar perlu minum air dari bekas cawan mudir untuk mendapat keberkatan? Adakah ia sesuatu yang normal atau tidak, kena bincang bersama.
“Semua perkara ini perlu mendapat persetujuan bersama dengan pihak sekolah bersama ibu bapa dan pelajar bagi melindungi pelajar tersebut dan mengelak f1tn4h melibatkan mana-mana pihak,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar via klpress