Tidak Adil! Abam Bocey Persoal Kenapa Pak Ya Disekat? Ini Kata-kata Abam Buat Ramai Terkedu

Pelawak Abam Bocey menzahirkan rasa simpatinya terhadap nasib rakan artis, Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya yang didakwa disekat daripada menjayakan persembahan sketsa live Sepahtu Reunion di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) minggu lalu.

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, seharusnya pihak yang berkenaan perlu duduk berbincang terlebih dahulu dengan Pak Ya sebelum terus menyekat pelawak itu daripada mengadakan persembahan.

“Benda ini tak sepatutnya jadi ‘last minute’. Kalau kata ada (sesetengah pihak) tak berpuas hati, adalah lebih baik mereka panggil Pak Ya dan bincang elok-elok.

“Mungkin Pak Ya boleh buat permohonan maaf dan jernihkan keadaan secara aman jika dia dipanggil berbincang terlebih dahulu. Ini tidak, last minute tiba-tiba Pak Ya disekat daripada menjayakan persembahan.

“Ibaratnya kau marah sangat kat dia sampai kau sekat dia untuk bagi dia s4kit hati pula. Tak bolehlah macam itu. Sepatutnya mereka kena panggil Pak Ya dan terangkan kepada dia.

“Bila Pak Ya dah disekat last minute macam itu, saya rasa perkara ini tidak adil kepada dia,” kata Abam ketika ditemui pada majlis sidang media teater Korupsi Dewan Semandung yang berlangsung di Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Pak Ya sebelum ini dipercayai dihalang pada minit-minit akhir sebelum melakukan persembahan sketsa Sepahtu Reunion yang diadakan secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam, minggu lalu.

Tindakannya disekat daripada mengadakan persembahan dikatakan disebabkan lawak kumpulan Rare yang dianggotai Pak Ya bersama Ajak dan Ropie pada minggu akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) mem3rli kerajaan yang memerintah.

Pada malam finale MLM tempoh hari, kumpulan Rare muncul dengan lawak sindiran melakonkan babak komedi di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).

Ilya kemudian bertanya jika pH air itu okay, bagaimanapun Ropie memberi jawapan ‘teruk’. PH dalam pengertian politik merujuk kepada Pakatan Harapan.

Sementara itu, Abam turut berkongsi pandangannya sendiri mengenai isu politik yang dibawakan oleh pelawak di pentas umum.

Menurut Abam, isu-isu sensitiif sebegitu tidak seharusnya dipaparkan secara terbuka lebih-lebih lagi menerusi kaca televisyen.

“Ini pandangan saya, di atas pentas MLM atau mana-mana pentas tv, kami sebagai pelawak tak boleh main isu-isu sensiitif macam itu sebab penonton kita terdiri daripada pelbagai lapisan umur masyarakat.

“Sekali sekali tidak mengapa tapi kalau dah selalu, ia akan menimbulkan rasa jengkel terhadap penonton. Jadi, bagi saya lebih baik kita buat kerja dan tak perlu dalam lawak nak siindir-siindir orang. Itu tidak profesional,” ujarnya lagi.

Terbaharu, Abam akan muncul dalam pementasan teater Korupsi Dewan Semandung yang diarahkan oleh Khir Rahman. Teater yang diterbitkan oleh syarikat produksi milik Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ogy Ventures & Network Sdn. Bhd itu turut menampilkan Mark Adam, Vicha, Tauke, Azrul, Chemat, Joey Daud, Tapai, Chi Wan, Hanna Halim serta kemunculan istimewa Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Korupsi Dewan Semandung akan mula dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 28 & 29 Februari dan 1 Mac ini. Tiket berharga RM58, RM78, RM88, RM148, RM178, RM208 dan RM258 boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com. – KopiPlan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: kopiplabet via sinar kini