[Kelakar Habis]Dina Akui Rupa Bukan Pilihan Utama Untuk Cari Pasangan,Tapi Ada Satu Bahagian badan Yang Perlu Wangi

Memasuki usia 35 tahun, penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui dirinya tidak sunyi biarpun sudah hampir 10 tahun putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Menurut anak jati Johor Bahru itu, dia kini senang bertemankan ibu bapanya selain mempunyai beberapa teman rapat sekiranya ingin meluangkan masa serta berkongsi masalah bersama-sama.

“Saya tidak pernah rasa sunyi biarpun sudah 10 tahun single sejak putus cinta dengan bekas kekasih. Kalau rasa nak luahkan apa-apa masalah, saya sentiasa ada ibu dan bapa serta beberapa rakan baik yang boleh saya ceritakan apa sahaja masalah kepada mereka.

“Sudah memasuki usia 35 tahun, kalau nak cari teman istimewa memang saya akan tengok personaliti dulu daripada rupa. Dulu tidak dinafikan kita muda lagi, memang nak teman lelaki yang kacak sahaja. Disebabkan sudah semakin matang, saya kalau boleh nak teman lelaki yang bijak. Rupa tidak penting, asalkan ketiak mesti wangi,” katanya secara berseloroh.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta SSKlinic yang berlangsung di Damansara 3, Petaling Jaya semalam.

 

Dalam pada itu, Dina juga berkata dia tidak pernah mempercayai laman cari jodoh atas talian (online) kerana sentiasa berasa was-was dengan orang yang tidak dikenali dan setakat ini tidak mempunyai minat untuk mencuba aplikasi tersebut.

“Saya memang tidak percaya mencari jodoh menerusi aplikasi online, mungkin saya terlalu paranoid sebab macam-macam boleh jadi kalau kita keluar dengan orang yang tidak dikenali.

“Kalau nak keluar, saya mesti akan keluar dengan kawan-kawan yang saya kenal sahaja. Mungkin saya paranoid sebab selalu tengok kes-kes macam ini banyak berlaku dalam drama CSI,” katanya berseloroh.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelantikannya sebagai duta program rawatan pelangsingan SSSlim, Dina berkata dia sudah mencuba program tersebut sejak November lalu yang mana ia menunjukkan perkembangan positif apabila dia sudah turun sebanyak enam kilogram dalam masa sebulan.

“Ini adalah sebagai salah satu usaha saya untuk menjadikan diri saya lebih sihat. Misi tahun 2020 adalah untuk respect myself and my body better. Saya percaya kita boleh jadi cantik dalam apa sahaja saiz badan. Cuma sebagai seorang selebriti, masyarakat di luar sana akan lebih mempercayai diri kita sekiranya kita sendiri jaga diri kita dengan baik.

“Untuk program pelangsingan ini, saya dah turun sebanyak enam kilogram, dari 112 kini berat saya 106 kg. Sekarang sasaran saya adalah untuk capai berat badan sehingga 80 kilogram. Walaupun nampak mudah, namun sebenarnya ia tidak mudah sebab saya jenis suka makan jajan dan coklat. Namun dengan hasil tunjuk ajar daripada doktor bertauliah di SSKlinic, saya sekarang sudah tahu panduan pemakanan sihat yang sesuai untuk badan saya,” ujarnya.

SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelansingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:KopiPlanet via sinarkini