Umum sedia maklum mengenai penularan wabak Koronav1rus yang bermula di Wuhan China. Rentetan daripada itu, perintah berkurung telah dikenakan ke atas sejumlah bandar sebagai langkah pencegahan.
Namun begitu, segelintir daripada rakyat China nampaknya tidak mengendahkan arahan tersebut dengan berada diluar rumah tanpa sebarang perlindungan dimuka. Bagi menangani permasalahan tersebut, dron telah digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk supaya pulang ke rumah serta memakai topeng muka.
Walking around without a protective face mask? Well, you can’t avoid these sharp-tongued drones! Many village and cities in China are using drones equipped with speakers to patrol during the #coronavirus outbreak. pic.twitter.com/ILbLmlkL9R
— Global Times (@globaltimesnews) January 31, 2020
Dron berkenaan diterbangkan di kawasan luar bandar dan bandar bagi memastikan penduduk tidak berada diluar tanpa sebarang urusan. Teguran yang agak keras juga diberikan tanpa mengira usia dimana masih ada yang keluar tanpa memakai topeng muka.
Menurut laporan laman The Guardian, jumlah korban akibat daripada jangkitan Koronav1rus sudah mencecah angka 259 dengan 11,000 kes jangkitan dilaporkan di China.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:Wiser