Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad kini semakin mendapat perhatian ramai apatah lagi selepas kemunculannya menerusi drama terbaru bertajuk, Jujurlah Nikahi Aku.
Siapa sangka, dramanya membawa watak sebagai wanita cacat bernama Nurin mendapat respon luar biasa daripada penonton dan peminatnya.
Malahan juga tidak henti-henti peminat dan pengikut memberikan maklum balas positif di beberapa posting Uyaina Arshad yang mana selebriti ini juga aktif menerusi laman Instagram.
Selebriti ini juga sangat sinonim dengan penampilan cantik yang berhijab malah tampak manis dan sopan. Malahan pelakon berhijab ini tetap membawa watak dengan baik sehingga peminat juga menjadikan dirinya sebagai idola.
Apapun, peminat turut mengaguminya yang berjaya membawa watak dengan baik dalam drama terbaru arahan daripada Rashid Sibir.
Menerusi drama berkenaan juga, Uyaina Arshad bergandingan dengan pelakon kacak yang sering menjadi perhatian ramai, Sean Lee. Drama ini boleh ditonton setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam di Astro.
Namun begitu, drama ini sebelum ditayangkan juga sudah menjadi bualan ramai apabila drama berkenaan turut dilakonkan oleh, Raja Azura.
Lakonan Uyaina Arshad terima respon baik penonton
Gandingan hebat bersama Sean Lee dan Raja Azura
Ini antara komen ramai buat Uyaina Arshad yang ditinggalkan menerusi ruangan komen dilaman Instagram miliknya. Nampaknya, selebriti ini bakal menempa nama dalam dunia lakonan sebaris dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.
“Kenapa kak berlakon hebat sangat…”
“Moga-moga dapat trofi pelakon wanita terbaik…”
Sumber: Uyaina Arshad
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Rose Merah