Lain kali tapis dulu! Emma Maembong kena basuh gara-gara iklankan produk ini, tak kena dengan budaya

Siapa yang tak kenal dengan artis berdar4h kacukan ini Emma Maembong atau nama sebenarnya ialah Fatimah Rohani binti Ismail. Emma dilahirkan pada 27 mac 1991 di Kuala Terengganu. Namanya semakin dikenali semenjak berlakon drama Kau Yang Terindah pada tahun 2012.

Sumber Instagram

Berbekalkan wajah Pan-Asia, Emma sememangnya memiliki aura tersendiri. Biarpun sering kali ditegur berkaitan kualiti lakonan, Emma rendah diri mengakui dan menerima kelemahan tersebut sebagai menimba pengalaman liku-liku seorang artis.

TIDAK MENGHARAPKAN LAKONAN SEMATA-MATA

Artis kini boleh dilihat bijak mengambil inisiatif lain selain lakonan apabila rata-rata mereka jadikan platform digital untuk dapatkan duit tepi. Maklum lah dunia teknologi kini semakin mudah untuk pasarkan dan mengiklankan produk perniagaan cara tersendiri.

Sumber Instagram

JADIKAN INSTAGRAM SEBAGAI TEMPAT IKLAN BERBAYAR

Tidak terkecuali adalah Emma sendiri apabila menjadikan ruangan instagram sebagai tempat untuk pasarkan produk berbayar. Beberapa hari lepas Emma ada iklankan satu produk yang mana boleh dikatakan kurang peka dengan budaya masyarakat kita.

Sumber Instagram

NETIZEN TIDAK SETUJU CARA PEMASARAN

Produk yang diiklankannya itu menjadi isu sehinggakan ramai netizen tidak setuju cara mempromosikan produk sebegini secara terbuka. Sekali gus ianya mengundang pelbagai reaksi dan juga persepsi negatif masyarakat.

Sumber Instagram

PRODUK BAGI WANITA MENGALAMI SEJ4RAH HITAM

Produk yang diiklankan oleh Emma Maembong ini dikatakan dapat membantu golongan wanita yang pernah mengalami sejar4h hit4m dalam hidup. Terangnya lagi, sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan juga kesalahan.

Sumber Instagram

MENGGALAKKAN HUBUNGAN SEBELUM BERKAHWIN

Mengiklankan produk ini secara tidak langsung dipersoalkan netizen seolah-olah menggalakkan golongan muda untuk melakukan hubungan sebelum berkahwin. Ada yang turut mempertikaikan keberkesanan dan juga mungkin mendatangkan kemudar4tan kepada pengguna kelak.

MENAPIS JENIS PRODUK SEBELUM DIIKLANKAN

Bagi penulis, menjadikan platform Instagram sebagai tempat hasilkan keuntungan adalah sesuatu perkara yang sangat bijak. Tak semua mampu menjana pendapatan sedemikian rupa. Akan tetapi, mana-mana selebriti harus lah bijak mengawal serta menapis produk untuk diiklankan.

Kita hidup dalam negara yang tinggi adab kemelayuannya. Dengan menampilkan produk sebegini sedikit sebanyak merosakkan nama selebriti itu sendiri kerana tidak peka dengan keperluan masyarakat semasa. Semoga kisah ini dijadikan iktibar buat kita semua.

Sumber: Instagram

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Meecks