“I Am A Gorgeous And Fabulous Grandmother of 13 Grandchildren” Alahai Comelnya Mommy Khaty Fauziah

Tiada yang lebih menggembirakan seorang ibu apabila melihat kejayaan anak-anaknya dan juga kelibat cucu-cucu yang ramai.

Begitu juga dengan bekas pelakon terkenal Fauziah khatijah Musa atau lebih mesra dikenali dengan nama Khaty Fauziah.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Khaty Fauziah berkongsi beberapa keping gambar anak-anak bersama cucu-cucunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam 29.12.2019 kami sekeluarga bersama sahabat handai, kawan2 rapat juga kenalan meraikan Si kembar Aadam Zac & Aaleph Zeke menyambut hari kelahiran mereka yang ke-2 🎁🎊🎉 Semoga cucunda2 membesar sehat sejahtera, diberi perlindungan & keselamatan, di rahmati & diberkati olih Allah SWT juga, taat kepada Nya, taat kepada ke dua ibu & bapa serta menjadi anak2 yang berjaya bila dewasa nanti 🤲🤲🤲 Hari ini 30.12.2019 ada lah tarikh lahir Ibu nya pula @zizieizette yang ke ???? 🤔🤔🤔 (I lost track) 🤣 Jade (panggilan saya buat Zz) walau pun ada kala nya kita tak sependapat, mommy nampak warna hitam kau kata biru, mommy nampak benda cantik kau kata mommy ketinggalan zaman, mommy kata itu kau kata ini tapi ada satu perkara yang kita berdua sependapat ada lah We Love ❤️ We care 👩‍❤️‍💋‍👩 for each other so so so very much!! Happy Birthday daughter 🎁🎊🎉🌹🌹I love you till jannah ❤️❤️❤️ #pensionersdiary📔

A post shared by KhatyFauziah (@khatyfauziah) on

“Yeayyyy!!! Saya bangga, gembira, sihat dan kuat, dan saya juga seorang nenek yang jelita dan hebat kepada 13 orang cucu.

“You all tak percaya? Cuba tengok gambar yang last tu. Kena kutuk la lepas ni dengan mereka mereka yang tak bertanggung jawab, @jozieta @samzy_fuzette @zizieizette & @shaheizy_sam itu sudah pasti.

“Kalau ada yang nak tumpang mengutuk saya Redha,” seloroh Khaty.

Sebagai seorang ibu, pastinya Khaty gembira menikmati zaman pencen dengan hashtag #pensionerdiary yang selalu digunakannya.

Khaty Fauziah mempunyai lima orang anak iaitu Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Samzy Fuzette, Jozieta Ronalie dan Ahmad Shah Al-Jeffry.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak