Ezany serik muka h4ncur, gigi p4tah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ezany Nizariff, 47, mended4hkan pernah j4tuh hingga mengakibatkan muka ced3ra dan dua batang giginya 4tah.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @ Mohd Zohri Mohd Nizariff berkata, keced3raan itu membuatkannya memilih menerima tawaran lakonan.

“Saya jatuh dalam bilik air hingga menyebabkan keced3raan pada muka dan pat4h dua batang gigi kira-kira dua tahun lalu.

“Doktor mengatakan saya terlalu pen4t, tak cukup tidur dan makan tidak menentu. Mana tidaknya, saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama hingga tiada masa berehat.

“Disebabkan itu, saya tidak lagi mengejar nak berlakon, saya fikir sampai bila nak begitu? Mulai daripada kejadian itu, saya memilih.

“Saya tidak bermaksud mahu berhenti berlakon, cuma saya lebih memilih tawaran yang bersesuaian mengikut masa saya. Kali terakhir, saya membintangi sebuah telefilem, tahun lalu,” katanya kepada BH Online.

Ezany ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan, MS Skinz yang diusahakannya sejak April tahun lalu, di sebuah hotel, semalam. Pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu turut berniaga belacan, kicap, bidang percetakan dan beberapa rangkaian perniagaan lain.

“Perniagaan juga antara sebab kenapa kurang berlakon kerana saya sibuk menguruskannya. Alhamdullillah, belum sampai setahun, MS Skinz mendapat sokongan yang positif dari orang ramai,” katanya.

Mengulas statusnya, Ezany berkata, dia masih hidup solo. Mahu buat macam mana, belum ada jodoh. Berkawan adalah, tetapi belum sampai tahap serius.

“Saya masih mencari jodoh yang betul-betul sesuai. Sebabnya, saya masih tr4uma dengan kisah dahulu yang sangat tr4gis, tetapi saya tidak pernah berkongsi dengan sesiapa.

“Kalau orang tahu pun mungkin akan tr4uma macam saya. Itu salah satu sebab saya masih solo,” katanya.

Terdahulu Ezany pernah mendirikan rumah tangga dengan Lizda Nuryanti pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Harraz dan Hayden Harraz.

Bagaimanapun, perkahwinan pelakon menjadi perhatian apabila Ezany membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas mendakwa Lizda Nuryanti dilarikan seorang lelaki pada 2014. Pada 11 April 2016, Mahk4mah Rendah Syariah Petaling mensabitkan Lizda Nuryanti atas tudvhan nusyvz (ingk4r kepada suami).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online