“Saya Tak Layak Jadi Idola, Sebagai Mvslim Hanya Baginda Nabi Muhammad Sahaja Layak Jadi Ikutan” Khabib

Umum telah mengetahui bahawa pet4rung UFC Khabib Nurmagumedov adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Pasti ramai diantara kita yang menjadikan Khabib Nurmagomedov sebagai idola selepas beliau telah berjaya menumpaskan seorang lagi bintang UFC terkenal iaitu Conor McGregor dalam satu perlawanan yang menyaksikan pet4rung dari Ireland itu terpaksa menyerah kalah akibat di ‘kunci’ oleh Khabib.

Walaupun begitu, menerusi satu muatan yang dikongsi oleh Khabib di akaun Instagram rasminya, dia telah meminta kepada semua peminatnya untuk tidak menjadikannya idola dalam hidup mereka.

Pet4rung yang berasal dari Rusia itu menjelaskan bahawa, beliau sebenarnya tidak layak untuk dijadikan idola dan menyeru kepada semua orang agar menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam hidup mereka.

“Saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan idola, dan saya juga tidak mahu dijadikan idola oleh manusia lain.

“Saya percaya bahawa bukan saya sahaja, atau pet4rung lain, mahu pun mana-mana selebriti secara amnya berhak untuk dijadikan contoh untuk diikuti.

“Saya seorang Muslim, dan sebagai seorang penganut agama Islam yang percaya dengan agama saya, kami mempunyai seorang contoh untuk diikuti, baginda adalah pesuruh Allah S.W.T yang bernama Muhammad S.A.W,” tulisnya dalam gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Самый большой минус в популярности я нашёл – это когда люди думают или же называют тебя примером для подражания. – Я таким не являюсь и никогда не хотел быть таким. – Я мусульманин и как для верующего человека у нас в религии есть пример для подражания, это посланник Аллаха – Мухаммад ( да благословит его Аллах и да приветствует) – Я считаю, что ни я и ни один боец и вообще ни одна знаменитость не заслуживают этого права – быть примером для подражания. – Я могу научить людей в сфере единоборств, но в жизненных ценностях мы все нуждаемся в наставлениях и в напоминаниях.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Ketegasan pemegang gelaran juara bagi kategori Lightweight dalam soal agama boleh dilihat menerusi sidang media yang dilakukan sebelum perlawanannya menentang Conor McGregor dilangsungkan.

Pemegang gelaran juara kategori Lightweight yang dikenali dengan ketegasan dalam menjaga hukvm hakam agama juga boleh dilihat ketika Conor McGregor menghulurkan kepadanya secawan ar4k dengan niat untuk memberi provokasi kepada Khabib.

Namun begitu, Khabib dengan tenang menjawab kepadanya: “Terima kasih saja, saya tak minum ar4k, dan saya tidak pernah minum air itu dalam hidup saya”.

Hasil daripada didikan agama yang diajar oleh bapanya sejak kecil telah membuatkan dia menjadi begitu tegas berkenaan dengan agama Islam pada hari ini sehinggakan ramai orang mengidolakannya.

 Sumber:Khabib_Nurmagomedov

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Note Untuk Awak