Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan beberapa orang pendakwah yang terpalit dengan sk4nd4l, habis semua pendakwah dipandang ser0ng masyarakat.
Kalau dahulu, pendakwah sering dipandang tinggi oleh masyarakat kerana ilmu agama yang dikongsi mereka. Kini, persepsi itu berubah sedikit terumatanya dengan kehadiran ‘para pendakwah segera’ yang lahir daripada program realiti.
Walaupun bukan semuanya begitu dan cuma ada segelintir sahaja yang ‘buat hal’ namun sedikit sebanyak ia mencacatkan imej agamawan yang dibawa. Sudahlah begitu, ada pula yang pantang ditegur membuatkan masyarakat semakin malas untuk mengambil tahu hal mereka.
Tidak mahu imej para pendakwah ini terus dipandang serong masyarakat, lelaki dikenali sebagai X Guy
memberi 10 nasihat ikhlas terhadap mereka di laman Twitter miliknya
Setakat artikel ini ditulis, tegvran itu telah mendapat 3 ribu retweets dan hampir 5 ribu likes.
10 nasihat buat para pendakwah, asatizah & agamawan. Moga-moga dapatlah terima dengan hati terbuka…
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
Baca perkongsian penuh di bawah:
1. Kadang² masyarakat taknak terima dakwah bukanlah sebab mereka sombong, tapi sebab mereka tak suka kalau cara penyampaian itu adalah kasar.
Usahalah utk perhalusi teguran tersebut. Jangan asyik kasar & jangan asyik lembut sahaja. Harus balance.
Remember, dakwah bil hikmah.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
2. Janganlah pendakwah sombong kalau masyarakat menegur mereka.
Kadang² sesetengah pendakwah suka cakap "terimalah teguran walaupun pahit"
Tapi apabila orang menegur pendakwah, kenapa perlu berleter & keras hati?
Kalau teguran itu betul, just accept it & move on.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
3. Jangan terbawa-bawa sangat dgn trend yg melanda masyarakat.
Contohnya, kalau masyarakat suka bersendu, kita bersendu. Masyarakat suka main game, kita main game. Masyarakat suka lawak, kita buat lawak.
Sekali sekala, pendakwah kena ada pendirian teguh. Just be yourself.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
4. Kalau dah jadi pendakwah, bukan bermaksud diri itu tidak perlu di-dakwah.
Sekali sekala, mintalah nasihat & pandangan daripada orang lain. Sebab sebagai manusia, kita pun tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
5. Kalau nak buat teguran peribadi kepada individu tertentu, jangan buat secara melulu.
Lihatlah background dia dulu. Mungkin dia berasal daripada broken family, mungkin dia ada depression, mungkin dia sedang diuji etc.
Kemudian barulah menyampaikan teguran yg bersesuaian.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
6. Jangan jadikan dakwah sebagai platform untuk menjana duit.
Kalau orang nak memberikan duit, tidak ada masalah terima. Tetapi janganlah komplen kalau duit tak masuk, sebab itu petanda tidak ikhlas dalam berdakwah.
Na'uzubillah, moga² dijauhkan dari sifat ini.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
7. Selain berdakwah, banyakkanlah juga berdoa.
Kita hanya mampu menyampaikan mesej Islam sahaja, tidak ada kuasa mengubah hati orang. Sebab itu, kalau kita benar² berharap seseorang itu berubah ke arah kebaikan, berdoalah pada Allah.
Kerana Dialah yang memberikan hidayah.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
8. Bersabarlah dalam berdakwah, because its not an easy path.
Sedangkan rasul² terdahulu pun ada yang dibunuh & diseksa kerana mempertahankan Islam, apalah kiranya kalau netizen sekadar memaki kita.
Remember, when you help in the cause of Allah, He will definitely help you
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
9. Antara banyak² cara dakwah, yang paling berkesan adalah dakwah dengan menjadi contoh terbaik kepada orang lain.
This one is the hardest, in my opinion. Tapi kalau mampu buat, Subhanallah, ramai orang akan tersentuh dengan keindahan Islam.
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
10. Tak semestinya pendakwah lebih berilmu daripada orang² yg didakwah.
Kata nabi ﷺ :-
"…boleh jadi orang yg membawa ilmu agama menyampaikannya kepada orang yg lebih faham darinya, dan terkadang orang yg membawa ilmu agama tidak memahaminya” (Sahih, sunan Abu Daud no. 3660)
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
Selain itu, lelaki ini juga sempat berpesan bahawa nasihat ini juga adalah peringatan kepada semua orang Islam di luar sana dan tidak tertakluk kepada para pendakwah sahaja
Kalau mana² Muslim membaca thread saya ini, this advice applies to all of you.
Because at the end of the day, all muslims are pendakwah & embassadors of Islam, and we are obligated to berdakwah to the best of our capacity.
Allah knows best
— X Guy (@The_X_Guy) January 31, 2020
Sudah menjadi tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam untuk saling ingat-mengingati. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sumber : says Seismik