Apex tak m4lu jual nasi lemak

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin, 24, tidak m4lu membantu isterinya menghantar nasi lemak kepada pelanggan apabila pulang bercuti ke Kuala Terengganu.

“Tidak, saya tidak pernah m4lu. Perniagaan nasi lemak inilah menjadi punca pendapatan kami sejak setahun lalu, sebelum saya menyertai program realiti, Mentor Milenia.

“Sebenarnya, saya seronok dapat menghantar nasi lemak kepada pelanggan kerana boleh melihat reaksi mereka. Ada yang menggunakan kesempatan bertemu untuk bergambar, jadi tiada sebab untuk saya m4lu.

“Saya dan isteri mahu mengembangkan perniagaan nasi lemak. Insya-Allah, saya mahu membuka cawangan di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perniagaan kami semakin maju, sejak menyertai Mentor Milenia 2019. Ada sahaja yang menaja gerai percuma di tapak karnival,” katanya kepada BH Online.

Apex atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin berkata, dia berhasrat membawa isteri dan anaknya berpindah ke Kuala Lumpur.

“Namun, disebabkan isteri sibuk menguruskan perniagaan, niat terpaksa ditangguhkan sementara waktu. Isteri mahu mencari pekerja yang dipercayai bagi menurunkan resipi nasi lemaknya.

“Buat masa ini, kami sudah mempunyai pekerja, tetapi isteri mahu mencari petugas tambahan. Selepas segala-galanya selesai, isteri dan anak barulah berpindah dan mencari sebuah kedai di Kuala Lumpur,” katanya yang muncul dengan single berjudul Panggung pada penghujung Januari lalu.

Katanya, dia rela dan sepenuh hati bersedia menghadapi ujian dalam industri hiburan.

“Saya dan isteri sudah berbincang mengenai soal ini. Saya sudah dikaitkan dengan kontr0versi, biarpun baru sahaja bergelar penyanyi.

“Ada yang mendakwa saya melupakan isteri semata-mata tidak berterima kasih kepadanya selepas diumumkan juara. Sebenarnya, sebelum berucap di hadapan penonton, saya sudah membisikkan ucapan terima kasih kepadanya.

“Tetapi penonton ingat saya tidak berbuat demikian. Sedikit sebanyak perkara itu membuatkan isteri saya sed1h. Jadi saya terpaksa memujuk dan redakan perasaannya,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online