KUALA LUMPUR: Penyanyi, Black Hanifah sering kena dengan isteri apabila memiliki hobi mengecat dan menukar warna kereta.
“Saya ada tabiat suka menukar warna kereta. Ada beberapa kereta yang dicat dua kali dalam setahun.
“Isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira terbunt4ng biji mata setiap kali saya tukar warna kereta. Dia siap p3rli, lebih baik buka bengkel mengecat jika suka sangat tukar warna kereta.
“Dari situ, timbul idea mengusahakan bengkel mengecat kenderaan. Bengkel Nyawa Black Body & Paint Works yang beroperasi di TTDI Jaya, Shah Alam dibuka sejak beberapa bulan lalu,” katanya kepada BH Online.
Penyanyi lagu Aku Rindu Sayang Kamu itu berkata, dia memiliki pengetahuan mengecat dan meng3tuk kereta kerana minatnya dalam dunia permotoran dan kenderaan.
“Saya percaya perniagaan bermodalkan RM150,000 menjadi aset jaminan hidup kami sekeluarga pada masa depan.
“Saya terfikir, apa jaminan yang ada jika sesuatu terjadi kepada saya? Bagaimana kehidupan isteri dan anak-anak jika ditakdirkan umur tidak panjang?
“Soal ini sering membelenggu fikiran, tetapi saya tidak tahu apa bisnes yang sesuai untuk diterokai. Jadi, Allah SWT sudah buka hati, inilah bisnes yang paling sesuai dengan jiwa dan minat,” katanya.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah berkata, dia juga mahu membantu isterinya memiliki perniagaan sendiri untuk menyara ibu bapa di kampung.
“Saya nak Cira bantu mak ayahnya. Saya tidak boleh menanggung semuanya kerana saya juga ada ibu bapa yang bergantung hidup dan rezeki dengan saya.
“Jadi, Cira boleh tanggung mak ayah apabila ada kerja dan bergaji. Itu niat saya membuka perniagaan ini. Cira menguruskan perniagaan sepenuhnya,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: BH Online