‘Saya hanya penyanyi kecil’

KUALA LUMPUR: Mengungguli takhta Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Naim Daniel mengaku gagal mengawal perasaan sebaik mendendangkan lagu ciptaannya, Sump4h, pada malam kemuncak acara itu yang disiarkan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Naim berkata, dia men4ngis kerana tidak menyangka penyanyi kerdil sepertinya berpeluang beraksi di pentas yang pernah melahirkan ramai vokalis hebat tanah air.

“Sebaik turun dari pentas, saya men4ngis. Siapalah saya kalau hendak dibandingkan dengan kebanyakan peserta yang bertanding malam tadi.

“Saya hanyalah penyanyi kecil yang dikelilingi artis gred A. Malah, ada antara mereka adalah alumni kepada AJL seperti pernah bergelar juara atau pernah berkali-kali menyertai pertandingan ini.

“Memikirkan perkara itu, saya jadi terharu dan seronok kerana untuk karya saya diangkat ke tahap ini, bukanlah sesuatu yang mudah. Saya anggap ini pemb4kar semangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya AJL34 di sini, malam tadi.

Mengenai reaksinya apabila banyak pihak meramalkan lagu ciptaannya bakal bergelar juara, pelakon drama rantaian Pia ini mengaku ia memberi tek4nan kepadanya.

“Apabila ada selebriti meramalkan lagu ini bakal bergelar juara, sedikit sebanyak ia memberi tek4nan kepada saya. Namun, saya menukarnya kepada yang lebih positif.

“Saya anggap tekanan itu bukan sesuatu yang membebankan tetapi membuatkan perasaan saya lebih hidup dan bersemangat untuk memberikan yang terbaik,” katanya,

Dengan kemenangan itu, Naim membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Malam kemuncak AJL34 turut menyaksikan lagu Bangun ciptaan Navigator dan Aman Ra, yang didendangkan Aman Ra, diumumkan naib juara. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Anta Permana nyanyian Bob Yusof dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, meraih tempat ketiga.

Pada malam penentuan itu, vokal luar biasa Hafiz Suip ketika mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita membawa tuah apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BH Online