Menerusi entri terbaru isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau mesra disapa Dr. Erin, wanita ini ada berkongsi beberapa keping foto saat bertemu empat mata dengan bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain.
Malah, kedua-dua wanita berkenaan saling berpellukan dan merakam foto bersama.
Dalam pada itu, Erin turut memuji sikap Farhan yang profesioanal dan matang dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Wahai zaujku @farhanmutawwif, Engkaulah seorg manusia yg boleh memberikan jwpan dr ramai2 ust yg sy pernah tanya dari segi agama kenapa sy harus trima berpoligami pd awal perkenalan.
“Suamiku inilah manusia yg blh menjawap semua persoalan ku dan mengubah hati dan akalku tentang knp org perempuan kena sakit hati dlm bab ni mcm xadil je..apa perasaan lelaki kalau perempuan dia ada laki lain mesti sakit kan.
“Tp ayg blh memberikan jwpan yg boleh membuka hati sy utk berpoligami ketika itu wlp sy seorg anti poligami..xmungkin sy berkongsi suami dgn org lain sy rela menjanda 100 kali pun.
“Biarla org nk kata sy atur laki dlm hidup sy, janji sy xshare dan xamik laki org, sy xkisah keje siang malam utk bsrkan ank wlp bekas2 suami xbg sekupang pun, sy blh hadapi smua ujian yg diberi cuma sy selalu berdoa jgnla Engkau Ya Rabb uji sy dgn dpt laki kaki perempuan or laki org sbb tu je yg xmampu sy hadapi dlm dunia ni, sy selalu kata sy yakin Allah ada dan selalu minta Allah jaga hati sy,” tulisnya.
Meski pernah dicemuh masyarakat mengenai kisah rumah tangganya bersama Farhan, namun dia tetap positif dan tenang menghadapi dugaan dariNya.
“Tp tula bila Allah nk makbulkan doa2 kita ni Allah uji dl betul ke ko btl2 beriman ko redha dgn segala ujian segala takdir yg Aku tetapkan wlp tu paling ko xmampu hadapi.
“Allah beri sy 1 tiket ujian di cemuh di keji sbb kawin laki org benda yg sy paling xblh hadap tp tula sy rasa sy dh blh hadapi smua ni dgn hati yg tenag.
“Moga Allah mendgr dan makbulkan doa sy utk jd mcm arw4h mama sy yg sgt penyabar orgnya dlm kehidupannya yg di madukan dan di abaikan tp dia redha xpernah ckp buruk psl suaminya wlp Dpn kami ank branak sbb dia kata mungkin ni tiket dia utk masuk syurga melalui suami dia yg abaikan dia..smp akhir hayat mama, abah tetap true love mama wlp abh ada true love yg lain.
“Perginya mama dlm keadaan yg sgt indah mengadap cinta Agong moga Allah tempat kan mama si syurga bersama org2 yg sabar..sy pun akn korban perasaan sy jg kalau itu blh membuatkan suami dan ank2 sy happy.
“Utk zaujku yg dikasihi tetaplah memberi ilmu kebaikan wlp kadang2 kita dianggap salah kerna kita smua pendosa dimuka bumi ni xde sorg yg xbt salah..jalani kehidupan dgn sebaik mungkin.
“Selagi mn sy masih isteri sy akn sentiasa berada d belakang ayg..kalau ditakdirkn sebaliknya ayg tetap tok imam favourite sy,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terharu melihat keakraban Erin dan Fatin yang bertemu muka dan saling berpelukan.
Terdahulu, Fatin dan Farhan pernah berkahwin dan bercer4i dengan talak satu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fariha, 2 tahun dan Nik Farrel Fahim yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Erin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Foto : Instagram Dr. Erin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH