Pelakon Fizo Omar berkongsi perbualan terakhir bersama arw4h Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey.
Kata Fizo, kali terakhir bertemu dengan arw4h sekitar dua bulan lalu ketika terbabit dengan sebuah pementasan teater di Istana Budaya.
“Perbualan terakhir aku dengan arw4h masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas.
“Punyalah seronok dia cerita pasal anak dia, Hamzah.
“‘Lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bagi rezeki zuriat, macam tak caya dengan keadaan aku macam ni Allah bagi rezeki kat aku’.
“‘Kalau ikutkan hati aku, rasa tak nak keluar rumah, nak main dengan anak je hari-hari, tu la bila aku habis kerja pecut balik rumah nak main dengan anak’.
“Aku faham perasaan itu sbb aku pun berada dalam situasi sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun.
“Tiap kali borak pasal anak je aku boleh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam,” kongsi Fizo.
Fizo turut meluangkan masa melawat balu dan anak Abam, Hamzah di kediaman mereka hari ini.
“Bila tengok Hamzah, aku tak boleh tahan seb4k aku, sebab aku tahu betapa bapaknya sayang dia..Allahu.
“Apa yang aku boleh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak bercakap pasal orang lain dan dia sangat bertanggungjawab kepada keluarga dia.
“Kau beruntung menjadi keturunan yang baik, tengoklah beribu orang yang datang memberi penghormatan terakhir pada bapak,” tambahnya.
Fizo turut menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Abam untuk meringankan beban.
Abam men1nggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira pukul 7 pagi semalam dipercayai akibat dem4m panas.