Terima Kasih Hiburkan Kami: Dalam Kenangan, Ini 10 Pelawak Yang Telah Pergi Buat Selamanya

Tanpa kita sedari, seorang demi seorang pelawak tanah air telah pergi men1nggalkan kita buat selama-lamanya

Bekerja sebagai pelawak mungkin kelihatan mudah, namun ia tidaklah seperti yang disangka oleh kita. Kadang-kala, jenaka yang cuba disampaikan oleh para pelawak ini boleh diterima masyarakat, malah tidak kurang ada juga yang tidak menyenangi lawak yang dibuat oleh mereka.

Selepas sering keluar di ruang kaca televisyen dan menghiburkan ramai orang, sudah tentulah ketiadaan mereka ini dirasai tatkala mereka sudah tiada lagi di dunia ini. 

Justeru di sini, kami senaraikan 10 pelawak negara ini yang telah pergi men1nggalkan kita buat selama-lamanya.

1. Din Beramboi (2 April 2010)

Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah disahkan men1nggal dunia pada 2 April 2010 akibat dem4m d3nggi berd4rah sehingga menyebabkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Allahyarham yang juga merupakan seorang penyampai radio ketika itu telah men1nggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

2. Zami Ismail (19 Jun 2011)

 

Sesiapa yang menonton sitkom popular suatu ketika dahulu iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu pastinya mengenali watak Pak Uda yang dilakonkan oleh Zami Ismail.

Allahy4rham Zami telah menghembvskan nafas terakhirnya pada 19 Jun 2011 di usia 67 tahun selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah j4ntung.

3. Harun Salim Bachik (8 Mac 2015)

Pelakon serta pelawak veteran, Harun Salim Bachik telah menghembvskan nafas terakhirnya pada 8 Mac 2015 selepas secara tiba-tiba reb4h di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak.

Allahy4rham meningg4lkan isteri, Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak.

4. Yus Jambu (30 November 2015)

Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo men1nggal dunia di usia 39 tahun akibat ses4k nafas.

Untuk rekod, beliau mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.

5. Mr Os (8 April 2016)

Pelawak terkenal era 80an dan 90an, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os disahkan meningg4l dunia pada 8 April 2016 di usia 55 tahun akibat j4ngkit4n paru-paru.

Arw4h dilaporkan telah meningg4l dunia di Hospital Selayang dan sempat berpesan kepada anak-anaknya agar sentiasa ingat kepada Allah dan menutup aurat.

6. Pak Piee (11 Ogos 2016)

Terkenal dalam lakonan filem Mami Jarum, Pak Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar telah menghembvskan nafas terakhirnya pada 11 Ogos 2016 kerana s4kit tua.

Allahy4rham meningg4l dunia di kediaman anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

7. Accapan (14 September 2018)

Pelawak, Accapan men1nggal dunia pada 14 September 2018 di rumahnya kerana kegagalan buah pinggang di usia 63 tahun.

Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam dan tiga orang anak.

8. Pak Tam (31 Mac 2019)

Pak Tam dari program Raja Lawak men1nggal dunia akibat kekur4ngan oksigen dalam badan dan paru-paru berair di usia 61 tahun.

Allahy4rham Pak Tam atau nama sebenarnya Muhammad Nooruula Ismail menghembvskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Kampung Permatang Badak, Kuantan, Pahang tanpa sempat dibawa ke hospital oleh keluarganya.

Allahy4rham telah meninggalkan seorang balu, empat orang anak berserta lapan cucu.

9. Kamal Chilok (12 Oktober 2019)

Anggota kumpulan Chilok, Kamal menghembvskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya selepas dua hari k0ma akibat terbabit dalam kemal4ng4n jalan raya.

Kamal atau nama lengkapnya Mohd Kamal Shah Saharuddin men1nggal dunia di usia 30 tahun kerana komplikasi akibat kem4lang4n itu.

10. Abam Bocey (10 Februari 2020)

Terbaru semalam, pelawak Abam dari kumpulan Bocey telah menghembvskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Gombak.

Men1nggal dunia di usia 32 tahun, Allahy4rham Abam atay nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan men1nggalkan seorang balu dan juga anak lelaki yang baru berusia 5 bulan.

Allahy4rham Abam dikesan tidak sedarkan diri oleh isterinya sendiri ketika mahu dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh awal pagi semalam.

Lawak serta jasa kalian tidak akan dilupakan. Terima kasih kerana telah menghiburkan kami semua selama ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Says Seismik