KUALA LUMPUR: Pemergian allahy4rh4m Abam diratapi peminat namun kesannya bagi komposer Zimi yang pernah bekerjasama dengan pelakon dan pelawak itu, sangat mendalam.
Zimi meluahkan, lagu Sikasih ciptaannya yang dirakam Abam, bagai menggambarkan emosi yang menyelubungi setiap insan yang merasakan kehilangan arw4h.
“Saya hilang kata-kata kerana tidak pernah menyangka lirik lagu itu bagai menterjemahkan keduk4an kita sekarang.
“Perkara ini turut dirasai Achey… Kami bercakap mengenainya dan tidak sangka lagu ini bagai memberi bayangan arw4h akan meninggalkan kita.
“Apabila ini berlaku, saya jadi takut dan fobia hendak mencipta lagu dan menulis lirik. Siapa yang berada di tempat saya, akan merasakannya,” katanya kepada BH Online.
Isnin lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, men1nggal dunia dalam tidur di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat dem4m panas.
Single Sikasih yang liriknya ditulis Zimi dan Rongak, dirakam arw4h pada Disember 2018.
Antara bait dalam lirik lagu itu berbunyi, ‘terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia’ menyentuh hati netizen sebaik dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemerg1an Abam.
Video lirik lagu Sikasih yang dimuat naik di YouTube pada 22 Februari 2019, setakat ini sudah mencecah sejuta tontonan selepas dipromosikan Achey di Instagram.
Mengulas kenangan merakamkan lagu itu dengan arw4h, Zimi yang pernah menganggotai kumpulan Sofazr berkata, dia hanya mahu Abam menjadi diri sendiri ketika dalam studio.
“Apa yang saya cuba tonjol adalah potensi arw4h dalam lagu ini… Saya mahu dia jadi dirinya sendiri. Saya mahu arw4h menyanyi tulus daripada hati tanpa berusaha keras mahu jadi seperti penyanyi hebat lain.
“Saya tawarkan peluang itu kepadanya.. Ini bukan projek suka-suka. Kita mahu menguji pasaran,” katanya.
Zimi berkata, proses rakaman single berkenaan tidak mengambil masa lama.
“Saya minta Abam menyanyikan lagu ini setakat termampu. Ibarat kalau kita dengar lagu ini, maka benarlah itu suara Abam,” katanya.
Zimi berkata, lagu Sikasih menceritakan apa yang ada di muka bumi ini tidak kekal.
“Sayang kita kepada sesiapapun tidak akan kekal. Suatu hari nanti, kita pasti bertemu Pencipta,” katanya sambil menambah dua perkataan iaitu ‘Si’ dan ‘Kasih’ dalam lagu itu sengaja dirapatkan bagi memberi keunikan pada judul single berkenaan.
Abam yang pernah dua kali merangkul trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) iaitu pada 2014 dan 2015, pernah merakamkan lagu Ala Tuyul bersama pelawak dari Indonesia, Dzawin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online