AC mahu buka stesen TV sendiri

KUALA LUMPUR: Pengacara, pelakon, penyanyi dan usahawan, Datuk AC Mizal tidak mahu lagi dikaitkan dengan stesen televisyen, Awesome TV.

AC mended4hkan, dia dan isteri, Datin Emylia Rosnaida tidak lagi terbabit dengan stesen berkenaan dan sedang dalam perancangan menubuhkan stesen televisyen milik mereka sendiri tidak lama lagi.

Menurut AC, walaupun terdapat ramai pihak menunjukkan minat untuk bekerjasama, namun masalah yang timbul menyebabkan dirinya membuat keputusan membatalkan usaha sama berkenaan.

“Sebagai pemilik lesen penyiaran, saya dan isteri berhak menentukan dengan siapa ingin bekerjasama. Kami tidak boleh menghalang Awesome TV meneruskan rancangan menubuhkan stesen itu.

“Sebelum ini, kami memilih tidak mended4hkan perkara ini sebagai menghormati keputusan Awesome TV yang masih ingin meneruskan hasrat mereka.

“Memandangkan ramai yang masih keliru mengenai status, jadi saya ingin memaklumkan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Awesome TV. Fokus kami kepada stesen baharu yang dijangka memulakan operasi pada tahun ini,” katanya kepada BH Online.

Oleh kerana modal yang diperlukan saluran sangat besar hingga mencecah RM100 juta, AC berkata dia terpaksa mencari rakan kongsi untuk menggerakkan stesen miliknya yang berkemungkinan dikenali sebagai AC TV.

“Mengikut perancangan, kami ingin memperkenalkan lima saluran tetapi kos satu saluran pun amat tinggi. Jadi, kami akan usahakan satu persatu.

“Saya ingin menjadikan stesen ini sebagai hub untuk golongan artis dan media berkampung. Kita memerlukan seramai 150 tenaga kerja, jadi ia perlu digerakkan mengikut perancangan betul,” kata Ac yang mengakui banyak belajar daripada stesen radio, Peace Yall FM yang pernah ditubuhkan kira-kira tiga tahun lalu dalam pembentukan stesen ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online