Isteri kepada pendakwah sensasi Da’i Farhan, Dr. Erin telah memuat naik foto bersama anak perempuannya, Isha Sukri di Instagram (IG) miliknya.
Menurut Dr. Erin, anak sulungnya itu adalah tulang belakang dalam kehidupannya dan bakal menjadi salah seorang pewaris untuk harta yang ditinggalkan.
“Harta dunia akhirat mama.. As the eldest one you @isha.sukri became my back bone..
“Kita kalau nak wariskan harta pada anak-anak tak apa.. Jangan wariskan peny4kit keturunan kalau boleh..
“Boleh ke tak wariskan peny4kit keturunan ni pada anak-anak ye. Macam boleh je kot..
“Alhamdullilah 2 dara pingitan tengah menunggu kilang kami wrapping for the final touch.. Siapkan apa yang patut sebelum pergi menenangkan jiwa dan perasaan,” tulisnya.
Walaubagaimanapun, kelihatan netizen meny1ndir serta menasihati supaya anak-anak itu tidak akan menjejaki langkah ibunya berkahwin dengan suami orang.
Namun, Dr. Erin tidak berdiam malah mended4hkan bukan dirinya punca keretakan rumah tangga suaminya, Dai Farhan bersama bekas isteri, Fatin Nurul Ain.
Oleh sebab itu, Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 41, mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen kembali selepas dipenuhi dengan kata-kata kes4t.
Mengimbas semula, Farhan telah mencer4ikan Fatin ketika sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.
Hal itu terjadi selepas Farhan mengahwini Dr. Erin ketika sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sebelum itu.
Hasil perkongsian hidup Farhan dan Fatin, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fariha, 2, dan Nik Farrel Fahim yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak