Tidak menyangka, dalam berduk4 kehilangan abang tersayang, Ali Puteh mendapat perkhabaran gembira apabila isterinya, Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.
Memetik laporan Astro Gempak, dia menyatakan isteri perlu membuat pemeriksaan berkala dan diberi perhatian khas kerana kandungan sebelum ini mengalami jantung berlubang.
“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arw4h Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
Cuma, kalau arw4h Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja.
“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.
“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar imbasan, Ali kehilangan puteri kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada 26 November tahun lalu selepas 17 hari dirawat di h0sp1tal akibat peny4kit jantung berlub4ng dan masalah injap jantung terbalik.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :Astro Gempak & Instagram Ali Puteh, MH