Posted By: Soya Lemon
February 14, 2020
Sebelum ini, isteri Achey Nor Hasanah atau lebih mesra dikenali sebagai Anne ada berkongsikan beberapa keping foto perjalanan kumpulan Bocey dari tahun 2012 hingga 2020. Foto-foto berkenaan membuatkan ramai akui hubungan mereka lebih daripada sahabat.
Antara foto pernah dikongsikan isteri Achey menerusi Instagram.
Walau bagaimanapun, ujar Anne juga bertahun lamanya dia menjadi saksi perjuangan kumpulan Bocey yang berjuang buat ahli keluarga, peminat dan industri seni tanah air.
Malah dia juga mengakui memang ada satu hubungan lebih daripada sahabat, saudara malah adik beradik sekalipun. Ini kerana katanya, mereka mempunyai satu hubungan yang dia gelarkan ‘sikasih’.
“Bertahun lama…”
Pun begitu, pada awal pemergian Abam Bocey pagi Isnin lalu sememangnya mengejutkan buat Achey apatah lagi dia antara yang rapat dengan sahabatnya itu. Malah sejak beberapa hari lalu, dapat diperhatikan dia kelihatan sangat sebak selepas perginya Abam Bocey.
Walau bagaimanapun, terbaru Achey menerusi Instagram mengucapkan terima kasih buat isterinya itu disamping berkongsikan sekeping foto.
“Tq isteriku…”
Ini kerana, ujar Achey tugas isterinya agak berat pada minggu ini dengan menjaga anak selain drive serta melakukan persiapan yang telah diselesaikan dengan baik.
“Tq isteri ku… tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak, drive dan persiapan semua di selesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melepaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat aku seketika.
“Inshaallah kembali dengan perjuangan yang baru,” ujar Achey menerusi Instagram dan turut menulis kapsyen yang dekat dengan arw4h Abam iaitu ‘kita baik ramai sayang.’
Perkongsian Achey itu lalu menerima pelbagai respon daripada netizen yang memuji sikap baik isterinya itu apabila memahami Achey yang bersedih atas pemergian Abam Bocey.
Reaksi ramai
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Achey & Anne via HCL