Semalam genap empat tahun pelawak Fad Bocey dan Syahirah A.Rahman bergelar suami isteri.
Momen indah itu dikongsikan Fad beserta doa agar mahligai yang dibina kekal hingga akhir hayat.
“Thank you for the dinner .happy anniversary .4 tahun mungkin angka yg kecil tapi dlm 4 tahun mcm2 yg jadi .susah senang nak ada di tahap ni bukan mudah mcm yg org tengok ..
“Kita pernah kat tahap yg susah .anak2 kna stay dlm icu .bergadai jual kereta sbb nak bayar bil anak2 .kta duduk dlm rumah beralaskan sehelai toto dengan sebiji tv ja .hari demi hari ,sebab tu ktorang percaya rezeki anak2,” tulis bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.
“Alhamdulillah hayyan zayyan mmg bwk rezeki besar .sama jugak aminah .hadirnya anak2 ni mmg akan bawak satu nikmat yg besar .selagi ada selagi mampu ,kita sama2 jaga keluarga kita .doa mommy moga bahagia milik kita sekeluarga mommy mungkin tk mcm perempuan lain ,mommy selalu marah klu bab kerja ,mommy selalu bising apa yg berkaitan dgn tugas awak ,tpi tkda benda lain selain nk tgok semuanya sempurna..
“Terima kasih daddy k0rbankan banyak benda utk ktorang .terima kasih jugak atas hadiah yg paling besar yg tk mungkin mommy lupa sampai bila2 .you work hard for that !HAPPY ANNIVERSARY,”tulis Fad.
Lalu, netizen turut mendoakan agar hubungan mereka bahagia selamanya.
Dalam perkembangan lain,Fad dan Syahirah kini merupakan hos baru bagi program famili, Pa& Ma Musim Ke-4 yang bersiaran di Astro Prima dan Astro Prima HD.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :IG Fad , MH